Lawatan Tapak ke Pusat Data Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK) oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dan Pejabat PTG Negeri Kedah
Pada 8 Mac 2021 (Isnin), Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah (PTG) bersama Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) telah menghadiri taklimat dan lawatan tapak ke Pusat Data BTMK bagi memeriksa infrastruktur yang disediakan untuk cadangan pemusatan Pelayan-pelayan (Servers) Sistem Pentadbiran Tanah Berkomputer Web (SPTBWeb).
Lawatan ini diketuai oleh Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pendaftaran), Puan Zulfatul Husna binti Zakaria dan wakil dari JKPTG serta vendor Projek SPTBWeb, Technolgy Innovation Resources Sdn Bhd.
Taklimat Infrastruktur Pusat Data telah disampaikan oleh Pengarah BTMK, Encik Mohd Hamri bin Abidin. Sesi berikut telah berakhir jam 12.30 tengah hari.
- Published in Berita
MESYUARAT KETUA TEKNIKAL PENTADBIRAN TANAH KEDAH BIL 3/2020 DAN PERJUMPAAN BERSAMA PERSATUAN JURUUKUR TANAH BERTAULIAH MALAYSIA (PEJUTA)
Mesyuarat Ketua Teknikal Pentadbiran Tanah Kedah Bil 3/2020 dan Perjumpaan Bersama Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) telah diadakan pada 11 Disember 2020 sehingga 13 Disember 2020 bertempat di Pelangi Beach Resort, Langkawi,Kedah.
Kursus ini membincangkan isu-isu berkaitan penyelarasan program yang dikemukakan oleh PEJUTA kepada Pentadbiran Tanah Kedah. Kursus ini disertai oleh Unit Teknikal PTG Kedah, Pegawai Pengurusan dan Profesional PTG Kedah dan semua KPPD Kanan Pengurusan Tanah Daerah.
KURSUS PERMOHONAN HAKMILIK SAMBUNGAN & HAKMILIK HILANG/ROSAK PENTADBIRAN TANAH NEGERI KEDAH DENGAN KERJASAMA INSTUN SECARA DALAM TALIAN
Kursus Permohonan Hakmilik Sambungan & Hakmilik Hilang/ Rosak Pentadbiran Tanah Negeri Kedah dengan kerjasama INSTUN Secara Dalam Talian telah diadakan pada 04 Februari 2021 (Khamis) jam 08.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari bertempat di Aplikasi Google Meet.
Kursus telah berjalan dengan lancar. Kursus tersebut dihadiri oleh 46 orang dan diketuai oleh penceramah dari INSTUN, Encik Zahar bin Sapar.
MAJLIS MERAIKAN PESARA DAN PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN BAGI TAHUN 2020
Majlis Meraikan Pesara dan Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman Bagi Tahun 2020 telah diadakan pada 16 Disember 2020 (Rabu) jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Utama PTG, Aras 3, Wisma Negeri, Alor Setar, Kedah.
Majlis tersebut dimulakan dengan ketibaan tetamu jemputan, tetamu VVIP serta Tuan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah,Tuan Haji Fauzi bin Mustaffa, AMK., BCK. Seramai 8 orang pesara diraikan atas perkhidmatan mereka sepanjang berkhidmat di PTG serta 14 kakitangan termasuk pegawai telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).
Majlis ini diceriakan lagi dengan persembahan montaj serta penyampaian cenderahati kepada mantan Pengarah Tanah dan Galian, Dato’ Haji Mohammad bin Che Nai atas khidmat bakti beliau sebagai Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah dari tahun 2019-2020.
MAJLIS PERJUMPAAN DAN KUNJUNGAN HORMAT KESATUAN PENOLONG PEGAWAI TANAH SEMENANJUNG MALAYSIA.
LAWATAN YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR NEGERI KEDAH DARUL AMAN KE PULAU-PULAU DAERAH YAN
Program Lawatan YAB Menteri Besar ke pulau-pulau di daerah Yan telah diadakan pada 5 Januari 2021 (Selasa). Program tersebut dimulakan dengan lawatan serta taklimat ringkas diikuti dengan aktiviti riadah seperti snorkeling dan mandi manda di Pulau Songsong.
Selepas makan tengahari, program diteruskan dengan rondaan sekitar pesisiran Pulau Telor dan singgah sebentar ke Pulau Bidan bagi mengetahui sejarah ringkas pulau-pulau tersebut.
Melalui Jeti Tanjung Dawai, program diteruskan dengan melawat ke lokasi-lokasi di persisiran Pantai Tanjung Dawai. Selepas sesi minum petang, program diakhiri dengan perjumpaan MB Kedah bersama pihak pengurusan Sekolah Rendah & Menengah Islam Zubaidiyah, Merbok Kedah.
Program lawatan ini turut disertai oleh Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pembangunan), Penolong Pengarah Tanah dan Galian (Pembangunan), Ketua Unit Teknikal serta Penolong Pegawai Tanah (Unit Teknikal). Program lawatan ini berjalan dengan lancar dan berakhir dengan jayanya lebih kurang jam 5.30 petang.
KURSUS URUSNIAGA DAN BUKAN URUSNIAGA BAHAGIAN PENDAFTARAN DAN STRATA
Kursus Urusniaga dan Bukan Urusniaga Bahagian Pendaftaran dan Strata telah diadakan pada 17 Disember 2020 sehingga 19 Disember 2020 bertempat di Nadias Hotel Pulau Langkawi yang dikendalikan oleh penceramah Tuan Haji Abdul Aziz bin Ismail (Mantan Timbalan Pengarah Tanah Dan Galian Kuala Lumpur)
Kursus ini merangkumi sesi soal jawab oleh staff serta pegawai pendaftaran dan strata.
Acara team building juga turut diadakan bagi mengeratkan lagi silaturahim di antara staff dan pegawai.
Kursus Penyeragaman Tatacara Kerja (S.O.P) Pelupusan dan Pemberimilikan Tanah di Bawah Kanun Tanah Negara
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian menganjurkan Kursus Penyeragaman Tatacara Kerja (S.O.P) Pelupusan dan Pemberimilikan Tanah Di Bawah Kanun Tanah Negara yang melibatkan Pejabat-Pejabat Tanah Daerah pada 17-19 Disember 2020 bertempat di De Baron Resort, Langkawi, Kedah.