FORGOT YOUR DETAILS?

UNIT PENGAMBILAN

OBJEKTIF

Melaksanakan proses pengambilan tanah yang direncanakan oleh Kerajaan Negeri, Persekutuan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Badan Berkanun dan pihak swasta bagi projek-projek pembangunan demi kepentingan rakyat dan negara.

Memastikan projek-projek pembangunan yang direncanakan dapat dilaksanakan seperti yang dirancang selaras dengan tujuan dan dapat memberikan manfaat serta kesejahteraan kepada rakyat.

Meningkatkan penggunaan tanah yang optimum supaya aktiviti ekonomi menjadi lebih produktif dan mampu meningkatkan taraf hidup rakyat.

Memastikan setiap aktiviti di dalam proses pengambilan tanah dilaksanakan mengikut prosedur dan undang-undang yang telah ditetapkan.

Memastikan segala pekeliling/arahan/peraturan/prosedur yang berkaitan dengan Akta Pengambilan tanah 1960 diikuti dan dipatuhi setiap Pentadbir Tanah Daerah.

No. Telefon Unit Pengambilan

04-702 7923, 04-702 7925

FUNGSI

Memantau dan menyelaras proses pengambilan tanah di negeri Kedah.

Menyediakan data, statistik, laporan, maklumat dan maklumbalas berkaitan pengambilan tanah di negeri Kedah.

Menjadi urusetia mesyuarat jawatankuasa khas pengambilan tanah yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.

Menyediakan kertas kerja pengambilan tanah dibawah seksyen 4, Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk kelulusan Majlis Mensyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMK)

Menyediakan kertas kerja pengambilan tanah dibawah seksyen 8, Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMK).

Menyediakan kertas kerja perizaban tanah selepas pengambilan untuk kelulusan Majlis Mensyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMK).

Menyediakan kertas kerja pemberimilikan tanah selepas pengambilan untuk kelulusan Majlis Mensyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMK).

Menjadi pusat rujukan bagi proses permohonan pengambilan balik tanah di negeri Kedah.

Menggalakkan penggunaan sistem e-pengambilan untuk kecekapan pentadbiran tanah negeri Kedah.

Memproses permohonan pengeluaran deposit pengambilan tanah.

Memproses permohonan penjualan saham kerpan.

Mengambil tindakan ke atas aduan awam bagi kes-kes pengambilan yang terdahulu.

PIAGAM PELANGGAN

01

30 Hari Bekerja

Proses Permohonan Pengambilan bagi Seksyen 3 (1) (b) dan (c) (Jawatankuasa Khas Pengambilan Tanah )
02

30 Hari Bekerja

Proses Permohonan Pewartaan Pengambilan Tanah dibawah Seksyen 4
03

30 Hari Bekerja

Proses Permohonan Pewartaan Pengambilan Tanah dibawah Seksyen 8
04

30 Hari Bekerja

Proses Permohonan Pembatalan Pewartaan Pengambilan Tanah
05

14 Hari Bekerja

Proses Permohonan Pembetulan Warta
06

30 Hari Bekerja

Proses Permohonan Pemberimilikan Tanah Selepas Pengambilan.
07

30 Hari Bekerja

Proses Permohonan Perizapan Tanah Selepas Pengambilan.
08

30 Hari Bekerja

Memproses Permohonan Perlanjutan Tempoh Notis 5A.
09

30 Hari Bekerja

Pengurusan Aduan Awam Berkaitan Pengambilan Balik Tanah
10

14 Hari Bekerja

Proses Mendepositkan Wang Pampasan ke Mahkamah dan Pengeluaran Wang Pampasan (Withdrawal)
11

14 Hari Bekerja

Memproses Permohonan Bantahan di Mahkamah (Appeal)
TOP