FORGOT YOUR DETAILS?

SEJARAH PENUBUHAN

Pejabat Tanah merupakan pejabat yang terawal ditubuhkan di Negeri Kedah, iaitu pada tahun 1883 oleh KDYMM Sultan Abdul Hamid Halim Syah. Sebelum tahun 1909 pentadbiran tanah tidak disatukan dengan pentadbiran daerah. Di Kota Setar sebelumnya terdapat empat buah pusat pentadbiran tanah terletak di :-

  • Alor Changleh
  • Sungai Korok
  • Simpang Empat
  • Alor Setar

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Kedah telah ditubuhkan pada tahun 1354 Hijrah iaitu bersamaan dengan 1936 Masihi. Pada asalnya, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Kedah dikenali dengan nama Pejabat Kepala Pekerjaan Tanah (Direktor of Lands) dan diketuai pentadbiran oleh Tuan Syed Ahmad Al-Jafri dengan L. Forbes sebagai Penasihat Pejabat Tanah (Land Officer Advisor). Pada tanggal 1966, nama Pejabat Kepala Pekerjaan Tanah telah ditukar kepada Pejabat Pesuruhjaya Tanah dan kemudian pada tahun 1973 nama Pesuruhjaya Tanah dan Galian seterusnya ditukar kepada Pejabat

Pengarah Tanah dan Galian yang diketuai oleh Dato’ Pengarah Tanah dan Galian. Berdasarkan sejarah, sistem Pentadbiran Tanah di Negeri Kedah Darul Aman adalah merupakan antara sistem Pentadbiran Tanah yang tertua di Malaysia. Ini dapat dibuktikan dengan rekod-rekod hakmilik tanah lama yang terdapat di dalam surat-surat hakmilik tanah iaitu semenjak zaman Sultan Ahmad Tajuddin pada tahun 1870 an lagi. Ini menunjukkan bahawa sistem Pentadbiran Tanah Negeri di Kedah telah sedia wujud sebelum kedatangan British. Pejabat Pengarah Tanah dan Galian bertempat di Bangunan Wan Mat Saman sehingga tahun 1994 yang kemudiannya berpindah operasi ke Wisma Negeri.

TOP
advanced-floating-content-close-btn