FORGOT YOUR DETAILS?

UNIT SEKATAN KEPENTINGAN

OBJEKTIF

Melaksanakan dasar-dasar dan perundangan Kerajaan yang berkaitan permohonan-permohonan:-

  • Cabut Keluar Tanah Simpanan Melayu dan Menukar Ganti Dengan Tanah Luar SimpananMelayu (Swapping).
  • Mengisytiharkan Sesebuah Badan/Syarikat, Institusi dan Individu Sebagai “Melayu” Di Bawah Seksyen 19, Undang-Undang No. 63 (Tanah Simpanan Bagi Orang Melayu).
  • Pemerolehan Tanah Orang Warganegara / Syarikat Asing.
  • Pindahmilik dan Gadaian Tanah Yang Mempunyai Syarat Sekatan Kepentingan Untuk Kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

Memastikan setiap aktiviti-aktiviti unit dilaksanakan mengikut prosedur dan undang-undang yang ditetapkan.

Memberikan perkhidmatan yang cekap, bersih dan amanah kepada jabatan serta orang ramai yang ada kaitan secara langsung dengan seksyen ini.

Meningkatkan penggunaan tanah yang optima supaya aktiviti pembangunan tanah dibangunkan dengan sistematik.

PIAGAM PELANGGAN

01

60 Hari Bekerja

Memproses dan mengemukakan permohonan Cabut Keluar Tanah Simpanan Melayu dan ditukargantikan dengan Tanah Luar Simpanan Melayu kepada Pihak Berkuasa Negeri.
02

60 Hari Bekerja

Memproseskan dan mengemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri permohonan isytihar Syarikat, GLC, Istitusi dan individu sebagai “Melayu” mengikut seksyen 19 Undang-Undang No.63 ( Tanah Simpanan Bagi Orang-Orang Melayu).
03

60 Hari Bekerja

Memproses dan mengemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri permohonan Pemerolehan Tanah oleh Warganegara dan Syarikat Asing.
04

7 Hari Bekerja

Menerima keputusan daripada Pihak Berkuasa Negeri dan memaklumkan kepada pemohon.

Menerima dan Memproses permohonan pindah milik tanah bersyarat Sekatan Kepentingan dibawah Seksyen 124 Kanun Tanah Negara seperti berikut:

01

2 Hari Bekerja

Dengan kebenaran Majlis Menteri Besar Negeri Kedah dengan menggunakan Sistem e-Consent.
02

30 Hari Bekerja

Dengan kebenaran Majlis Mesyuarat Kerajaan tanpa menggunakan e-Consent.
03

2 Hari Bekerja

Dengan kebenaran Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah tanpa menggunakan Sistem e-Consent.
TOP