FORGOT YOUR DETAILS?

UNIT PELUPUSAN

OBJEKTIF

Memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan berhubung dengan Pelupusan dan Pemberimilikan Tanah.

Memastikan supaya pemberian tanah dapat disegerakan dalam masa yang singkat dan berkesan.

Memastikan setiap prosedur kerja dilaksanakan mengikut Undang –Undang yang ditetapkan oleh Kanun Tanah Negara (KTN) dan Kaedah-Kaedah Tanah Kedah Darul Aman 2018.

Memberikan perkhidmatan yang telus, adil dan saksama kepada orang awam yang berurusan dengan unit ini.

No. Telefon Unit Pelupusan

04-702 7966, 04-702 7967

FUNGSI

Memproses permohonan tanah kerajaan secara hak milik bagi Badan Kerajaan / Badan Berkanun dan syarikat.

Memproses permohonan tanah kerajaan secara hak milik bagi individu.

Memproses permohonan tanah kerajaan secara Lesen Pendudukan Sementara (LPS) bagi Badan Kerajaan / Badan Berkanun dan syarikat.

Memproses permohonan tanah kerajaan secara Lesen Pendudukan Sementara (LPS) bagi individu.

Memproses permohonan tanah kerajaan secara perizaban dibawah eksyen 62 KTN.

Memproses permohonan tebus guna laut.

Memproses permohonan sambung tempoh pajakan dibawah Seksyen 90A KTN.

Memproses permohonan pembatalan tanah simpanan (RC).

Memproses permohonan Sijil Pertanian oleh orang-orang Siam.

Memproses permohonan lot kediaman Pegawai-Pegawai Kerajaan (Tanah Anugerah).

Memproses permohonan tanah dibawah Akta GSA 1960.

Memproses pewartaan Hutan Simpan.

Memproses permohonan hak milik sambungan sebelum KTN 1965.

PIAGAM PELANGGAN

01
Sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang cepat, tepat dan berkesan.
02
Sentiasa berusaha untuk memberi layanan yang mesra, adil dan tanpa prejudis.
TOP