SESI LATIHAN SISTEM i-PENDAFTARAN
Pada 22 November 2021, Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri Kedah (BTMK) telah mengadakan Sesi Latihan Sistem i-Pendaftaran bagi Pentadbiran Tanah Negeri Kedah.
Sesi latihan ini diadakan di Makmal ICT Multimedia, BTMK untuk menguji Sistem terbabit sebelum dijadualkan Go-Live pada 1 Disember 2021
- Published in Uncategorized
BENGKEL PENDAFTARAN PENTADBIRAN TANAH NEGERI KEDAH
Bengkel Pendaftaran Pentadbiran Tanah Negeri Kedah berlangsung di Hotel Baron Langkawi pada 1 hingga 3 November 2021.
- Published in Aktiviti, Arkib, Uncategorized
Sistem iJAnji
PERMOHONAN JANJI TEMU BOLEH DILAKUKAN DENGAN MELAYARI PAUTAN http://ijanji.kedah.gov.my Terima kasih
MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN KIT SYAWAL 1442H OLEH TUAN PENGARAH PTG KEDAH
Majlis Penyerahan Sumbangan Kit Syawal 1442H oleh Tuan Pengarah PTG Kedah telah diadakan pada 10 Mei 2021 (Isnin) jam 12.30 tengah hari bertempat di Pejabat Penghulu Lama, Aras Bawah, Wisma Negeri, Alor Setar, Kedah. Majlis ini dimulakan dengan ucapan oleh Pengarah Tanah dan Galian,Tuan Haji Mohd. Fauzi Bin Mustaffa, AMK., BCK.
Penyerahan Sumbangan Kit Syawal yang terdiri daripada barangan keperluan asas diberikan kepada pegawai dan seluruh kakitangan PTG Kedah. Inisiatif ini dilakukan hasil idea Tuan Pengarah PTG sendiri sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada semua kakitangan PTG Kedah. Sumbangan ini juga menunjukkan pihak jabatan sentiasa menitikberatkan soal kebajikan kakitangan. Majlis ini tamat pada jam 2.30 petang.
- Published in Aktiviti
MAJLIS TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN PERINGKAT PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN
Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran telah diadakan di Dewan Utama PTG Kedah pada 29 April 2021 (Khamis) jam 9.00 pagi sempena Hari Nuzul Al-Quran 1442H. Seramai kira-kira 60 orang kakitangan PTG Kedah telah hadir bagi mengimarahkan majlis tersebut.
Turut hadir bersama Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pembangunan), YBhg. Dato’ Abdul Gafar Bin Yahya dan Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pendaftaran), Puan Zulfatul Husna Binti Zakaria. Majlis ini telah dipimpin oleh Encik Zulkifle Bin Idris.
Sebelum majlis dimulakan, YBhg. Dato’ Abdul Gafar Bin Yahya dalam ucapannya berkata program ini mendapat sambutan yang baik dengan kehadiran ramai kakitangan.
“Perbanyakkan bacaan Al-Quran dalam bulan Ramadhan kerana pahalanya berlipat kali ganda dari bulan-bulan biasa,” tambah beliau.
Kakitangan yang hadir terdiri daripada 20 kakitangan lelaki dan 40 kakitangan wanita telah membentuk dua kumpulan untuk membaca 30 juzuk Al-Quran. Setiap kakitangan akan membaca satu juzuk Al-Quran.
- Published in Aktiviti
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN ‘AMALAN DISEMAI PAHALA DITUAI’ ANJURAN PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH
Program Ihya’ Ramadhan yang bertemakan ‘Amalan Disemai Pahala Dituai’ telah berlangsung pada 22 April 2021 (Khamis) jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi bertempat di Dewan Utama PTG Kedah, Aras 3, Wisma Negeri, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Program tersebut dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Tanah Dan Galian (Pendaftaran), Puan Zulfatul Husna Binti Zakaria. Seramai kira-kira 150 orang tetamu telah hadir ke program berkenaan.
Pihak Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman telah menjemput Penolong Pegawai Dakwah dan Tarbiyah (Kanan), Ustaz Hj. Mohd Isa Bin Hj. Abdul Rahman dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman untuk menyampaikan ceramah sempena program ini.
- Published in Aktiviti
SESI PERKONGSIAN ILMU BERSAMA TIMBALAN PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH (PEMBANGUNAN)
Sesi Perkongsian Ilmu bersama Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman (Pembangunan) telah berlangsung pada 26 April 2021 (Isnin) jam 9.30 pagi bertempat di Bilik Timbalan Pengarah, Aras 2, Wisma Negeri, Alor Setar, Kedah Darul Aman.
“Apabila kita ada niat untuk sedekah RM1, maka kita tambahkan lagi RM1 dan niat atas nama ibu kita. Kemudiannya, kita tambah lagi RM1 niat pula atas nama ayah kita,” kata YBhg. Dato’ dalam sesi perkongsian ilmu di biliknya semalam yang sangat bermakna.
Hari Bertemu Pelanggan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman pada 17 Mac 2021 (Rabu)
- Published in Aktiviti, Arkib, Uncategorized
Mesyuarat Jawatankuasa PUSPANITA Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah
Mesyuarat Jawatankuasa PUSPANITA Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman telah diadakan pada 18 Mac 2021 (Khamis) jam 11.00 pagi bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah yang dipengerusikan oleh YBhg Puan Nurul Aznim binti Mohd Razali.
Lawatan Tapak ke Pusat Data Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK) oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dan Pejabat PTG Negeri Kedah
Pada 8 Mac 2021 (Isnin), Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah (PTG) bersama Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) telah menghadiri taklimat dan lawatan tapak ke Pusat Data BTMK bagi memeriksa infrastruktur yang disediakan untuk cadangan pemusatan Pelayan-pelayan (Servers) Sistem Pentadbiran Tanah Berkomputer Web (SPTBWeb).
Lawatan ini diketuai oleh Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pendaftaran), Puan Zulfatul Husna binti Zakaria dan wakil dari JKPTG serta vendor Projek SPTBWeb, Technolgy Innovation Resources Sdn Bhd.
Taklimat Infrastruktur Pusat Data telah disampaikan oleh Pengarah BTMK, Encik Mohd Hamri bin Abidin. Sesi berikut telah berakhir jam 12.30 tengah hari.
- Published in Berita