Portal ePTG https://eptg.ptgkedah.gov.my/ kini telah dilancarkan dan ianya dalam tempoh percubaan selama 1 bulan bermula 29 Mei 2022 (Ahad) sehingga 30 Jun 2022 (Khamis).

Kini Bayaran Cukai Tanah, Semakan Perserahan, Carian Persendirian dan Carian Rasmi boleh dilakukan secara atas talian. Fungsi Perserahan Urusniaga dan Bukan Urusniaga sedang di peringkat akhir pelaksanaan.

Semua wakil Peguam atau Individu yang ingin membeli dokumen Carian Rasmi Atas Talian dan Perserahan Atas Talian hendaklah mendaftar Biometrik terlebih dahulu di Kaunter Sistem SELAMAT di PTG Kedah.