MALAM APRESIASI PENTADBIRAN TANAH NEGERI KEDAH DARUL AMAN TAHUN 2022
Pada 30 Mei 2022, julung kalinya diadakan Malam Apresiasi Pentadbiran Tanah Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2022. Majlis ini diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada seluruh warga kerja Pentadbiran Tanah Negeri Kedah yang telah giat berusaha meningkatkan kutipan hasil sepanjang tahun 2021.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas kehadiran Yang Berhormat Dato’ Paduka Ammar bin Dato’ Shaikh Mahmood Naim, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Yang Berhormat Dato’ Nik Azhan Hakim bin Nik Mahmud, Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah, Yang Berbahagia Dato’ Haji Norizan bin Khazali, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) serta Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Mustafa, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah ke majlis ini.
Turut hadir memeriahkan majlis adalah Pegawai Daerah merangkap Pentadbir Tanah Daerah, barisan pegawai Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, semua Penolong Pentadbir Tanah Daerah Negeri Kedah dan seluruh warga kerja Pentadbiran Tanah Negeri Kedah dari 12 daerah.
















Syabas dan tahniah kepada seluruh warga kerja Pentadbiran Tanah Negeri Kedah atas pencapaian kutipan hasil pada tahun 2021!
PROGRAM IFTAR RAMADHAN KELUARGA PTG KEDAH 1443H
Pada 14 April 2022 (Khamis), Program Iftar Ramadhan Keluarga PTG Kedah anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi PTG Kedah bersama PUSPANITA PTG Kedah telah diadakan di perkarangan tempat letak kereta bahagian belakang PTG Kedah.
Program diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Mustaffa, AMK., BCK., dan Pengerusi Puspanita PTG Kedah, Datin Hajah Nurul Aznim binti Mohd Razali serta dimeriahkan dengan kehadiran seramai 150 orang yang terdiri daripada pegawai-pegawai PTG Negeri Kedah, warga kerja dan seluruh ahli keluarga.
YBhg. Dato’ Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah memulakan program dengan ucapan ringkas dan diteruskan dengan tazkirah ringkas, bacaan doa, majlis berbuka puasa serta solat Maghrib secara berjemaah.
Program Iftar Ramadhan merupakan wadah yang terbaik buat semua warga PTG Negeri Kedah dalam mengenali lebih rapat antara satu sama lain sekaligus mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.










- Published in Aktiviti, Arkib, Uncategorized
PROGRAM IHYA RAMADHAN ANJURAN KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI PTG Kedah & PUSPANITA PTG KEDAH
Program Gotong-royong Perdana PTG Kedah dan Pemberian Kit Ramadhan anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi PTG Kedah & Puspanita PTG Kedah pada 31 Mac 2022 (Khamis) kepada semua pegawai dan kakitangan PTG Kedah sempena menyambut bulan Ramadhan 1443 Hijrah. Semoga kita beroleh keberkatan di bulan yang mulia ini.






- Published in Aktiviti, Arkib, Uncategorized
BENGKEL PENGEMASKINIAN PORTAL PTG KEDAH 2022
Bengkel ini dihadiri oleh semua wakil seksyen di Pejabat PTG Negeri Kedah dan dianjurkan oleh Unit ICT PTG

Satu Bengkel berkenaan pengemaskinian Portal Rasmi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah telah diadakan pada 24 Mac 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah.
- Published in Aktiviti, Arkib, Uncategorized
KUNJUNGAN PENGARAH JUPEM KEDAH
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah telah menerima kunjungan daripada Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Kedah (JUPEM KEDAH ,Sr. Haji Mohamad Azmar bin Che Mat pada 22 November 2021.Sesi kunjungan itu telah diadakan bertempat di Bilik Pengarah Tanah dan Galian.



BENGKEL PENDAFTARAN PENTADBIRAN TANAH NEGERI KEDAH
Bengkel Pendaftaran Pentadbiran Tanah Negeri Kedah berlangsung di Hotel Baron Langkawi pada 1 hingga 3 November 2021.






- Published in Aktiviti, Arkib, Uncategorized
MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN KIT SYAWAL 1442H OLEH TUAN PENGARAH PTG KEDAH
Majlis Penyerahan Sumbangan Kit Syawal 1442H oleh Tuan Pengarah PTG Kedah telah diadakan pada 10 Mei 2021 (Isnin) jam 12.30 tengah hari bertempat di Pejabat Penghulu Lama, Aras Bawah, Wisma Negeri, Alor Setar, Kedah. Majlis ini dimulakan dengan ucapan oleh Pengarah Tanah dan Galian,Tuan Haji Mohd. Fauzi Bin Mustaffa, AMK., BCK.
Penyerahan Sumbangan Kit Syawal yang terdiri daripada barangan keperluan asas diberikan kepada pegawai dan seluruh kakitangan PTG Kedah. Inisiatif ini dilakukan hasil idea Tuan Pengarah PTG sendiri sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada semua kakitangan PTG Kedah. Sumbangan ini juga menunjukkan pihak jabatan sentiasa menitikberatkan soal kebajikan kakitangan. Majlis ini tamat pada jam 2.30 petang.






- Published in Aktiviti
MAJLIS TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN PERINGKAT PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN
Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran telah diadakan di Dewan Utama PTG Kedah pada 29 April 2021 (Khamis) jam 9.00 pagi sempena Hari Nuzul Al-Quran 1442H. Seramai kira-kira 60 orang kakitangan PTG Kedah telah hadir bagi mengimarahkan majlis tersebut.
Turut hadir bersama Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pembangunan), YBhg. Dato’ Abdul Gafar Bin Yahya dan Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pendaftaran), Puan Zulfatul Husna Binti Zakaria. Majlis ini telah dipimpin oleh Encik Zulkifle Bin Idris.

Sebelum majlis dimulakan, YBhg. Dato’ Abdul Gafar Bin Yahya dalam ucapannya berkata program ini mendapat sambutan yang baik dengan kehadiran ramai kakitangan.
“Perbanyakkan bacaan Al-Quran dalam bulan Ramadhan kerana pahalanya berlipat kali ganda dari bulan-bulan biasa,” tambah beliau.

Kakitangan yang hadir terdiri daripada 20 kakitangan lelaki dan 40 kakitangan wanita telah membentuk dua kumpulan untuk membaca 30 juzuk Al-Quran. Setiap kakitangan akan membaca satu juzuk Al-Quran.


- Published in Aktiviti
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN ‘AMALAN DISEMAI PAHALA DITUAI’ ANJURAN PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH
Program Ihya’ Ramadhan yang bertemakan ‘Amalan Disemai Pahala Dituai’ telah berlangsung pada 22 April 2021 (Khamis) jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi bertempat di Dewan Utama PTG Kedah, Aras 3, Wisma Negeri, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Program tersebut dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Tanah Dan Galian (Pendaftaran), Puan Zulfatul Husna Binti Zakaria. Seramai kira-kira 150 orang tetamu telah hadir ke program berkenaan.

Pihak Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman telah menjemput Penolong Pegawai Dakwah dan Tarbiyah (Kanan), Ustaz Hj. Mohd Isa Bin Hj. Abdul Rahman dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman untuk menyampaikan ceramah sempena program ini.


- Published in Aktiviti
SESI PERKONGSIAN ILMU BERSAMA TIMBALAN PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH (PEMBANGUNAN)
Sesi Perkongsian Ilmu bersama Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman (Pembangunan) telah berlangsung pada 26 April 2021 (Isnin) jam 9.30 pagi bertempat di Bilik Timbalan Pengarah, Aras 2, Wisma Negeri, Alor Setar, Kedah Darul Aman.
“Apabila kita ada niat untuk sedekah RM1, maka kita tambahkan lagi RM1 dan niat atas nama ibu kita. Kemudiannya, kita tambah lagi RM1 niat pula atas nama ayah kita,” kata YBhg. Dato’ dalam sesi perkongsian ilmu di biliknya semalam yang sangat bermakna.