LAWATAN KERJA YBHG. DATO PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH KE PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUBANG PASU

9 NOVEMBER (KHAMIS)
YBhg. Dato Pengarah mengadakan lawatan kerja bersama barisan penolong pengarah dan ketua-ketua unit Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah ke Pejabat Daerah dan Tanah Kubang Pasu. Lawatan kerja ini disambut dengan penuh mesra oleh Tuan Pegawai Daerah dan Tanah serta seluruh warga kerja PDT Kubang Pasu.
Matlamat utama lawatan ini adalah untuk membincangkan beberapa isu pentadbiran tanah di daerah Kubang Pasu di samping berkongsi pendapat dan maklumat bagi tujuan penambahbaikan secara keseluruhannya.



- Published in Berita, Uncategorized
KUNJUNGAN HORMAT PEJABAT KEWANGAN NEGERI KEDAH BERSAMA PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH KE PEJABAT KEWANGAN NEGERI PAHANG

27.10.2023 (JUMAAT)
PTG Kedah telah menyertai delegasi Pejabat Kewangan Negeri Kedah dalam sesi Kunjung Hormat ke Pejabat Kewangan Negeri Pahang pada hari ini.
Objektif utama kunjungan hormat ini adalah untuk berkongsi pengalaman dan strategi yang telah dilaksanakan oleh Negeri Pahang sehingga berjaya mencapai kutipan hasil tanah melebihi RM1 billion pada tahun 2022.
Delegasi Negeri Kedah telah diketuai oleh YBhg. Dato’ Haji Syed Khairol Anuar Bin Syed Abidin, Pegawai Kewangan Negeri Kedah dengan diiringi YBhg. Dato’ Haji Mohd Shahadan bin Abdullah, Pengarah PTG Kedah serta pegawai-pegawai kanan dari kedua-dua jabatan.
Semoga sesi perkongsian ilmu ini dapat membantu Negeri Kedah dalam merangka strategi untuk meningkatkan hasil pada tahun 2024.


- Published in Berita, Uncategorized
LAWATAN KERJA PEMERIKSAAN CERUN ISTANA KEDAH CAMERON HIGHLAND, PAHANG
20.10.2023 (JUMAAT)

Lawatan Kerja Pemeriksaan Cerun Istana Kedah Cameron Highland, Pahang telah diadakan pada 20.10.2023. Delegasi lawatan ini diketuai oleh YBhg Dato’ Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pembangunan). Ianya disertai oleh Timbalan PTG Kedah (Pembangunan), Pengarah JKR Negeri Kedah,
Penolong Pegawai Daerah Tanah Cameron Highland, IKRAM Engineering Services Sdn Bhd,
Unit Teknikal PTG Kedah dan Unit Teknikal PDT Cameron Highland.



- Published in Berita, Uncategorized
LAWATAN PENANDA ARAS PEJABAT DAERAH DAN TANAH TAMPIN KE PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH

15.10.2023 (Ahad)
Pada hari ini, Pejabat Daerah dan Tanah Tampin, Negeri Sembilan, telah mengadakan Lawatan Penanda Aras Pembangunan Integrasi Digital Sistem Maklumat di PTG Kedah yang bertujuan untuk mendapatkan input berkenaan pelaksanaan Sistem e-Charting. Sistem ini merupakan satu sistem yang memudahkan proses charting dan membuat penandaan yang tepat untuk semua urusan tanah.
Pihak PTG Kedah juga turut mengambil kesempatan tersebut untuk mengenal pasti peluang kerjasama yang boleh dijalankan secara bersama di masa akan datang berkenaan bidang-bidang yang berkaitan.
Pihak PTG Kedah berbesar hati menerima kunjungan daripada Pejabat Daerah dan Tanah Tampin dan diharap lawatan ini mendapat manfaat dan impak positif kepada kemajuan Negeri Sembilan dan Negeri Kedah.



- Published in Berita, Uncategorized
BENGKEL PEMURNIAN KAEDAH-KAEDAH HAK MILIK STRATA

6 OKTOBER 2023
Bengkel pemurniaan kaedah-kaedah hakmilik strata telah diadakan di Hotel Swiss Avenue, Sungai Petani pada 4 hingga 5 Oktober 2023. Bengkel ini dirasmikan oleh Timbalan Pengarah PTG (Pendaftaran) dan turut disertai oleh pegawai JKPTG.

- Published in Uncategorized
MAJLIS PERSARAAN PENGARAH PTG KEDAH (YBHG DATO’ MD SHUHAIME BIN ABD RAHMAN)
28 SEPTEMBER 2023

Seluruh Warga Kerja PTG Kedah mengucapkan Selamat Bersara kepada YBhg. Dato’ Md Shuhaime bin Abd Rahman.
Meskipun hanya 9 bulan 28 hari berkhidmat sebagai Pengarah PTG, YBhg. Dato’ telah meninggalkan memori yang cukup indah buat kami semua. Terima kasih atas semua jasa bakti, nasihat dan bimbingan YBhg. Dato’.
Semoga YBhg. Dato’ terus sihat sejahtera dan bahagia di samping keluarga tercinta.


- Published in Berita, Uncategorized
BAIK PULIH RUANG LOBI PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN

9.9.2023 (SABTU)
Ruang lobi di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian sedang melalui proses ubah suai. Kerja-kerja ini telah dimulakan sejak seminggu yang lalu dan dijangka siap bagi kegunaan jabatan pada 22 September 2023.


- Published in Berita, Uncategorized
PROGRAM JOM SIHAT@HIKING
9/7/2023 (AHAD)

Kelab Kebajikan PTG telah menganjurkan Program Jom Sihat Hiking pada 8 Julai 2023 di Lokasi Air Terjun Tirai, Bukit Perangin. Program ini mendapat penyertaan yang amat menggalakkan dari semua bahagian di PTG.
- Published in Aktiviti, Uncategorized
PENYELENGGARAN BILIK SERVER BTM, PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN KEDAH

9.7.2023 (AHAD)
Operasi penyelenggaran bilik server di PTG Kedah telah dibuat bersama pihak BTM PTG, JKR, BTMK dan pihak kontraktor. Penyelenggaraan ini melibatkan perpindahan bilik server ke premis sementara.
Penyelengaraan ini bermula 7/7/2023 hingga 8/7/2023. Semua penggunaan sistem di PTG Kedah kembali beroperasi dengan sempurna pada jam 8 pagi ini.


- Published in Berita, Uncategorized
LAWATAN TAPAK KE KAWASAN SUNGAI TAMPOI, MUKIM ULU MELAKA, langkawi

14 JUN 2023 (SELASA)
Lawatan tapak yang disertai oleh pegawai-pegawai teknikal dari Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah serta Pejabat Tanah Langkawi telah dibuat di Sungai Tampoi, Mukim Ulu Melaka bagi permohonan pelanjutan tempoh pajakan di bawah Seksyen 90A Akta 828 KTN.


- Published in Aktiviti, Uncategorized