15 FEBRUARI 2024 (KHAMIS)
PTG Kedah dengan kerjasama PUSPANITA PTG Kedah telah menganjurkan Program Penghayatan Al-Quran Siri Ke-2 dengan memilih Surah Al-Isra’ sebagai topik tadabbur pada kali ini sempena memperingati Peristiwa Israk Mikraj yang jatuh pada 27 Rejab.
Tuan Sheikh Alwi bin Haji Othman, Pegawai Agama Daerah Pendang telah hadir untuk berkongsi intisari surah yang menekankan tentang kepentingan memiliki sifat Ubuddiyah yakni rasa kehambaan kepada Allah dengan taat melakukan suruhanNya serta patuh meninggalkan laranganNya.
Sifat ini perlu ditanam dalam diri setiap insan bagi mencegah kemungkaran dan kebinasaan bukan sahaja kepada dirinya sendiri tetapi juga kepada keluarga, organisasi serta masyarakat.
Turut hadir ke program ini ialah YBhg. Dato’ Haji Mohd Shahadan bin Haji Abdullah, Pengarah PTG dan Datin Hajah Zakirah binti Mohd Zain, Pengerusi PUSPANITA PTG Kedah.
Majlis ilmu seperti ini akan diadakan secara konsisten setiap bulan sebagai wadah santapan rohani buat seluruh warga kerja PTG Kedah.
“HASIL UNTUK PEMBANGUNAN”
“MEMINIMUMKAN KETIRISAN, MENGOPTIMUMKAN KUTIPAN HASIL”