LAWATAN TAPAK KE KAWASAN BATU PUTEH, SELAT PANCHOR LANGKAWI
7.2.2023 (Selasa) – Lawatan tapak yang telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Pengarah PTG bersama Dato’ Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Pengurusan Kanan PTG , Pasukan Teknikal PTG dan kakitangan Pejabat Tanah Langkawi. Lawatan ini adalah bertujuan untuk membuat pemantauan dan perancangan untuk pembangunan daerah Langkawi.
- Published in Berita, Uncategorized
MAJLIS PENYERAHAN GERAN TANAH, DAERAH KUBANG PASU
12.1.2023 (Khamis)
Satu majlis penyerahan geran tanah telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Kedah Darul Aman di Dewan Terbuka Masjid Al-A’la, Jitra. Majlis ini diadakan bagi peringkat daerah Kubang Pasu dan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan dari PTG dan Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Kubang Pasu.
Selain daripada Majlis Penyerahan Geran Tanah, program / aktiviti sampingan seperti Kaunter Bergerak Kutipan Cukai Tanah, Kaunter Bergerak Jabatan Pengangkutan Jalan dan jualan usahawan dari Jabatan Pertanian ( roti / bakery ) akan turut diadakan.
- Published in Berita, Uncategorized
LAWATAN DAN MESYUARAT PENYELARASAN PEMBERIMILIKAN TANAH PAYA SERDANG, PENDANG
9.1.2023 (Isnin)
Sesi lawatan dan mesyuarat penyelarasan bagi membincangkan pemberimilikan hakmilik tanah kepada penduduk yang layak telah diadakan di Pejabat Tanah Pendang pada 8hb Januari 2023. Pemberimilikan ini adalah antara usaha kerajaan negeri di bawah Y.A.B Dato’ Seri Menteri Besar Kedah Darul Aman melalui Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah.
Sesi lawatan dan mesyuarat ini turut dihadiri oleh Y.Bhg. Datuk Md. Shuhaime bin Abd Rahman, Pengarah Tanah dan Galian negeri Kedah Darul Aman. Menerusi amanat yang disampaikan, beliau memberikan penekanan terhadap perlunya mendengar dan menghayati keperluan masyarakat terutamanya yang telah sekian lama menunggu bagi mendapatkan hak-hak mereka yang tidak kunjung tiba. Birokrasi pengurusan yang melambatkan proses seharusnya ditambah baik untuk mempertingkatkan penyampaian sistem kerajaan dan menyerahkan hak-hak yang dipinggirkan kepada yang layak.
- Published in Berita, Uncategorized
INOVASI PENGGUNAAN SISTEM ERATING
8.1.2023 (Ahad)
Pejabat Pengarah dan Tanah Negeri Kedah telah memulakan penggunaan Sistem eRating pada awal Januari 2023. Sistem eRating ini membolehkan pelanggan-pelanggan yang berurusan di kaunter boleh menilai kualiti perkhidmatan yang disediakan dengan mengimbas Kod QR.
Ini adalah sejajar dengan arahan kerajaan supaya penyampaian mutu perkhidmatan agensi kerajaan dipertingkatkan. Penggunaan eRating ini adalah selaras dengan konsep pendigitalan di bawah pelan strategik kerajaan negeri ke arah transformasi digital.
- Published in Aktiviti, Uncategorized
PENGGUNAAN SISTEM KIOSK BAGI BAYARAN CUKAI TANAH
8.1.2023 (Ahad):
Penggunaan mesin kiosk bagi tujuan pembayaran kendiri cukai tanah telah diwujudkan di dalam Kompleks Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah (PTG Kedah). Mesin kiosk ini dipasang di ruang legar kaunter hasil dan pendaftaran Wisma Negeri. Mesin ini membolehkan pembayar-pembayar cukai membuat bayaran cukai tanah dengan pantas tanpa perlu beratus di kaunter. Mesin kiosk ini menerima bayaran secara debit.
Purata masa yang diambil bagi satu bayaran cukai tanah ialah 10 saat. Pentadbiran tanah negeri Kedah melalui kerajaan negeri mengorak langkah yang drastik untuk memberikan kemudahan kepada semua pembayar-pembayar cukai. Selain daripada itu, bayaran cukai tanah secara atas talian juga telah disediakan melalui laman sesawang iBayaq, https://ibayaq.kedah.gov.my.
- Published in Berita, Uncategorized
TAKLIMAT PENGGUNAAN SISTEM E-PERSERAHAN
18.12.2022 (Ahad)
Sesi Taklimat Penggunaan Sistem e-Perserahan telah diadakan di Bilik Gerakan PTG Kedah pada 18hb Disember 2022. Taklimat ini disampaikan oleh kakitangan pentadbiran PTG Kedah. Dianggarkan 100 orang peserta yang hadir dari firma guaman di negeri Kedah.
Tujuan sistem ini adalah untuk memudahkan urusan pengurusan penghantaran dokumen, khususnya oleh firma guaman yang dilantik bagi menguruskan perserahan permohonan urusan-Urusan berkaitan tanah secara atas talian. PelaksanaanSistem e-Perserahan Urusan di boleh didapati di dalam Portal https://ePTG. ptgkedah.gov.my.
Pelaksanaan sistem ini akan dimulakan secara berfasa dengan PTG Kedah adalah sebagai perintis. Sistem e-Perserahan Urusan ini adalah yang pertama dilaksanakan di Malaysia di mana negeri Kedah adalah negeri yang pertama melaksanakannya.
Tarikh pelancaran bagi sistem ini dijadualkan bermula pada pertengan bulan Januari 2023.
- Published in Berita, Uncategorized
KURSUS PENGGUNAAN SISTEM E-PELUPUSAN
14.12.2022 (Rabu)
Kursus penggunaan Sistem e-Pelupusan telah diadakan di Makmal Komputer Bahagian Teknologi Maklumat Negeri Kedah. Kursus ini melibatkan kakitangan dari pentadbiran Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah (PTG Kedah) dan pentadbiran tanah daerah (PTD). Kursus ini dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat PTG Kedah.
Pengguna-pengguna Sistem e-Pelupusan dari semua pentadbiran tanah daerah diwakili oleh 5 orang pegawai dari setiap PTD.
Penambah baikan Sistem e-Pelupusan ini telah dibuat bagi memudahkan urusan dan carta alir prosedur kerja pegawai teknikal tanah. Dengan inistiatif ini, pengurusan fail-fail pegawai-pegawai teknikal tanah di setiap daerah akan dapat ditingkatkan perkhidmatan kepada orang awam.
- Published in Aktiviti, Uncategorized
SESI UJIAN PENERIMAAN PENGGUNA (UAT) SISTEM E-PELUPUSAN
13.12.2022 (Selasa) :
Sesi Ujian Penerimaan Pengguna (UAT) bagi Sistem e-Pelupusan telah diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) negeri Kedah. Sesi UAT ini melibatkan pengguna dan penyelaras Sistem e-Pelupusan dari Unit K.
Penambah baikan modul Sistem e-Pelupusan ini dilaksanakan oleh Syarikat Mitechsoft Sdn Bhd. Sesi UAT ini disaksikan oleh pegawai-pegawai dari PTG Kedah (Bahagian Teknologi Maklumat, Unit K dan Teknikal).
Sistem e-Pelupusan dibangunkan bagi memudahkan urusan permohonan pelupusan tanah negeri secara lebih cekap dan sistematik, mempercepat tempoh proses dan membolehkan pemantauan status permohonan oleh pihak pengurusan dibuat secara masa nyata (real time).
- Published in Berita, Uncategorized
OPERASI KAUNTER DI PTG (HASIL & PENDAFTARAN) BERMULA 8.00 PAGI
11.12.2022 (Ahad).
Operasi kaunter di PTG Kedah bagi semua urusan yang melibatkan pendaftaran dan hasil mula beroperasi pada jam 8.00 pagi. Perubahan dengan diawalkan waktu operasi dari jam 8.30 pagi kepada 8.00 pagi adalah untuk memudahkan urusan pelanggan.
Pelanggan yang hadir awal, boleh mula mendapatkan nombor giliran di kaunter. Semua petugas kaunter akan bersedia bertugas di kaunter sebelum jam 8.00 pagi bagi membuat persediaan memproses urusan pelanggan.
- Published in Berita, Uncategorized
PENGGANTIAN KOMPUTER DAN MESIN PENCETAK BAHARU
7.12.2022
Penggantian PC dan mesin pencetak baharu dilaksanakan sebagai menyambut usaha pendigital kerajaan negeri untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan. Sebanyak 19 unit PC baharu dan mesin pencetak dipasang bagi menggantikan peralatan komputer yang usang.
Sistem SPTBWeb, eCharting dan ePelupusan dipasang pada peralatan PC baharu, terutamanya di kaunter-kaunter yang melibatkan urusan perkhidmatan dengan orang awam.
- Published in Berita, Uncategorized