BENGKEL PRA PERSEDIAAN SSR PDT 2023
16.3.2023 (Khamis)
Bengkel Pra Persediaan SSR Pejabat Daerah dan Tanah telah diadakan pada 15 Mac 2023 hingga 16 Mac 2023 (Rabu hingga Khamis) di Hotel Swiss Avenue, Sungai Petani. Bengkel ini melibatkan hampir 60 orang peserta pentadbian tanah negeri Kedah bagi membuat persiapan ke arah pengauditan ssr tahun 2023.
Pentadbiran tanah negeri Kedah mensasarkan lima bintang bagi pengauditan ssr tahun ini.
- Published in Berita, Uncategorized
AKTIVITI PEMANTAPAN PENGURUSAN KAUNTER
7.3.2023(SELASA)
Perkhidmatan kaunter yang disediakan di Kaunter Pendaftaran PTG Kedah sentiasa dipenuhi dengan urusan-urusan pendaftaran tanah oleh pelanggan yang memerlukan. Kakitangan yang terlibat di dalam memberikan perkhidmatan kaunter sentiasa dipantau oleh pihak pengurusan PTG supaya kualiti dan mutu perkhidmatan adalah memuaskan.
Di samping itu juga, setiap kaunter disediakan dengan kod imbasan QR bagi membolehkan pelanggan yang berurusan dapat memberikan nilai perkhidmatan (rating) secara atas talian dengan menggunakan alat peranti pintar.
- Published in Aktiviti, Uncategorized
NAIKTARAF UNIT PENGAMBILAN PTG KEDAH
8.3.2023 (SELASA)
Proses naiktaraf unit-unit di Kompleks Wisma Negeri yang melibatkan Unit Pengambilan PTG Kedah sedang berlangsung. Naiktaraf ini adalah bertujuan untuk memberikan keselesaan kepada kakitangan yang terlibat dan memudahkan urusan pelanggan yang hadir secara fizikal di Unit Pengambilan.
Proses naiktaraf ini dijadualkan memakan masa selama 2 bulan. Hasil dapatan seusai dilaksanakan naiktaraf ini akan memangkinkan urusan pelanggan di Unit Pengambilan PTG Kedah.
- Published in Berita, Uncategorized
MAJLIS AMANAT DATUK PENGARAH PTG KEDAH DAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KALI KE-1
23.2.2023 (Khamis)
Majlis Amanat oleh YBhg. Datuk Pengarah PTG Kedah telah diadakan pada 23 Februari 2023, bertempat di Dewan Sri Mentaloon. Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan PTG Kedah.
Majlis amanat ini diadakan bagi mendengar pesanan dan amanat berharga oleh YBhg Datuk Pengarah PTG kepada semua pegawai teknikal dan penolong pegawai tanah di negeri Kedah. Turut diadakan adallah masjlis bacaan yasin dan pemilihan kepimpinan secara atas talian.
- Published in Berita, Uncategorized
LAWATAN TAPAK KE RUMAH KEDAH (Istana Kedah Cameron Highlands)
18.2.2023
Lawatan tapak pengurusan tertinggi PTG yang diketuai Datuk Pengarah Tanah dan Galian, pegawai-pegawai kanan PTG, pasukan teknikal bersama YBhg. Dato’ Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pembangunan) serta pasukan dari Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands ke Rumah Kedah (Istana Kedah Cameron Highlands) pada 17-18 februari 2023.
Tujuanlawatan ini adalah bagi meninjau keadaan dan persekitaran Istana Kedah selepas kerja-kerja pengukuran tanah dan laporan terperinci yang dijalankan oleh jurukur dilantik.
- Published in Berita, Uncategorized
MAJLIS PENYERAHAN HAKMILIK TANAH DI DAERAH POKOK SENA
9.2.2023 (Khamis)
Satu majlis penyerahan geran hakmilik tanah telah diadakan di Daerah Pokok Sena pada 9 Feb 2023. Sebanyak 68 hakmilik telah diserahkan kepada yang berhak menerimanya. Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Kedah Darul Aman dan turut disertai oleh YBhg Tuan Pegawai Daerah Pokok Sena dan YB Dato’ Romani bin Wan Salin, Exco Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.
- Published in Berita, Uncategorized
MAJLIS PENYERAHAN HAKMILIK TANAH DI DAERAH LANGKAWI
2.2.2023 (Khamis)
Satu majlis penyerahan geran tanah telah diadakan di daerah Langkawi, Kedah. Majlis ini diadakan di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi. Ianya disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Kedah Darul Aman dengan turut dihadiri oleh YB Adun Langkawi, YBhg Datuk Pengarah PTG Kedah, YBhg. Dato’ Timbalan SUK Pembangunan dan YBhg Datuk Pegawai Daerah Langkawi.
Sebanyak 14 geran tanah diserahkan dengan melibatkan 49 penerima LPS.
- Published in Berita, Uncategorized
PROGRAM DERMA DARAH DI PTG KEDAH
7.2.2023 (Selasa)
Satu program derma darah diadakan pada 7 Feb. 2023 (Selasa), bertempat di ruang legar Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah (Wisma Negeri). Program ini adalah anjuran bersama Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar dan ianya terbuka kepada semua kakitangan PTG serta semua orang awam yang hadir. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan
- Published in Aktiviti, Uncategorized
TAKLIMAT PENYERAGAMAN PENYEDIAAN PELAN PERMOHONAN PEMBANGUNAN TANAH DAN PENGAMBILAN TANAH NEGERI KEDAH
7.2.2023 (Selasa)
Satu program Taklimat Penyeragaman bagi Penyediaan Pelan Permohonan Pembangunan Tanah dan Pengambilan Tanah Peringkat Negeri Kedah diadakan pada hari ini, Selasa 7 Feb. 2023 bertempat di Raia Hotel Convenstion Centre, Alor Setar.
Program ini adalah anjuran bersama Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, Pejabat-pejabat Tanah Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, JUPEM dan Ahli-ahli Persatuan Jurukur Bertaliah (Pejuta).
- Published in Aktiviti, Uncategorized
MAJLIS BACAAN YASSIN PEPERIKSAAN SMRA/SMA/SPM/STAM/STPM DAN MUET 2022
Tarikh: 26 JANUARI 2023 (KHAMIS)
Program ini dihadiri oleh YBhg. Datin Norhasni binti Ishak, AMK., Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, YBhg. Datin Noor Afza binti Osman, AMK., Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, YBhg Datin Nurul Aznim binti Mohd Razalli Pengerusi PUSPANITA Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YBhg. Datin Siti Hajar binti Said, BKM. Pengerusi PUSPANITA Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah dan YBhg. Datin Fuziah binti Mohd Sharif Pengerusi PUSPANITA Cawangan Daerah Kulim.
Program bacaan yassin ini dipimpin oleh Ustazah Farishana binti Ismail daripada Lembaga Maktab Mahmud.
Semoga dengan bacaan yasin ini akan mendapat keberkatan Allah SWT serta dipermudahkan semua urusan anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan SMRA / SMA / STAM / STPM / MUET dan SPM tidak lama lagi.
- Published in Aktiviti, Uncategorized