PROGRAM PEMUKIMAN PENTADBIRAN TANAH NEGERI KEDAH
12 Disember 2023
Program Pemukiman Pentadbiran Tanah Negeri Kedah telah diadakan pada 12 Disember hingga 14 Disember 2023, bertempat di Hotel Goldsands, Langkawi. Program ini melibatkan semua pegawai kanan dan pegawai teknikal serta pegawai-pegawai daerah negeri Kedah.
Objektif program ini adalah untuk memperkasa pengurusan pentadbiran tanah dengan cadangan penambahbaikan proses kerja.
Program ini turut dihadiri oleh Y.B. Pegawai Kewangan Negeri Kedah dan Pengarah Tanah Negeri Kedah.
- Published in Berita, Uncategorized
Majlis Penyerahan Projek Menaiktaraf, Ubahsuai Dalaman Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah
10 Disember 2023
Majlis penyerahan projek naiktaraf dan ubahsuai dalaman pejabat Pengarah Tanah dan Galian telah diadakan di Bilik Gerakan, Pejabat Pengarah Tanah Galian Negeri Kedah di Alor Setar. Majlis ini dirasmikan oleh YBhg Pengarah Tanah dan Galian, Dato’ Haji Sahadan bin Abdullah.
Turut hadir adalah Pengarah JKR Negeri Kedah dan pegawai-pegawai kanan dari PTG dan JKR negeri.
- Published in Berita, Uncategorized
SEMINAR PENGURUSAN STRATA 2023
04 Disember 2023 (Isnin)
Seminar Pengurusan Strata 2023 anjuran Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah dan Majlis Bandaraya Alor Setar telah berlangsung bertempat di Dewan Besar As-Sakinah, Tingkat 7, Menara MBAS. Kira-kira 300 peserta yang telah hadir menjayakan seminar berkenaan yang terdiri dari kalangan agensi kerajaan, swasta dan Perbadanan Pengurusan di seluruh Negeri Kedah. Penganjuran seminar kali ini bertujuan untuk memberikan pendedahan mengenai pengurusan strata iaitu pengurusan bangunan bertingkat bagi memastikan kesejahteraan serta meningkatkan taraf kehidupan komuniti berstrata secara harmoni.
Acara perasmian program telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Shahadan bin Abdullah, Pengarah Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Kedah dan perasmian penutup program telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md Daud, Datuk Bandar Alor Setar.
Seminar tersebut telah berlangsung dengan menampilkan barisan penceramah yang berpengalaman iaitu Puan Zulfatul Husna Binti Zakaria, Timbalan Pengarah Pendaftaran PTG Kedah; En. Sr. Zamzama Bin Mohd, Pegawai Penilaian MBAS dan Dr. Elina Binti Mohd, Pegawai Undang-Undang MBAS yang telah menyampaikan perkongsian menerusi 3 slot pembentangan merangkumi tajuk Pelaksanaan Cukai Petak 2024, Tanggungjawab Pemaju, Badan Pengurusan Bersama (JMB) & Perbadanan Pengurusan (MC) di bawah Akta 757 dan Penguatkuasaan Di Bawah Akta 757.
Hadir sama di seminar tersebut Pn. Amirah Khairiah binti Abdul Latip, Timbalan Pengarah Tanah Dan Galian (Pembangunan) Negeri Kedah; En. Nasrankamil Bin Noh, Tuan Setiausaha MBAS dan En. Ahmad Letfi Bin Saad, Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MBAS.
- Published in Uncategorized
MAJLIS MENJUNJUNG BUDI MENYANJUNG BAKTI SERTA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN TAHUN 2023
- Published in Uncategorized
LAWATAN KERJA PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA KANGSAR KE PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH
15 NOVEMBER 2023 (RABU)
PTG Kedah berbesar hati menerima kunjungan delegasi Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar seramai 27 orang sempena lawatan kerja pada hari ini.
Objektif lawatan kerja ini adalah untuk berkongsi ilmu dan pandangan berkaitan tatacara penguatkuasaan tanah yang dipraktikkan oleh Pentadbiran Tanah Negeri Kedah.
Semoga sesi perkongsian ilmu yang diadakan dapat memberi manfaat serta ilham kepada semua yang terlibat dalam usaha merangka strategi yang komprehensif bagi mengoptimumkan kutipan hasil Kerajaan Negeri.
- Published in Uncategorized
LAWATAN KERJA YBHG. DATO PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH KE PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUBANG PASU
9 NOVEMBER (KHAMIS)
YBhg. Dato Pengarah mengadakan lawatan kerja bersama barisan penolong pengarah dan ketua-ketua unit Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah ke Pejabat Daerah dan Tanah Kubang Pasu. Lawatan kerja ini disambut dengan penuh mesra oleh Tuan Pegawai Daerah dan Tanah serta seluruh warga kerja PDT Kubang Pasu.
Matlamat utama lawatan ini adalah untuk membincangkan beberapa isu pentadbiran tanah di daerah Kubang Pasu di samping berkongsi pendapat dan maklumat bagi tujuan penambahbaikan secara keseluruhannya.
- Published in Berita, Uncategorized
KUNJUNGAN HORMAT PEJABAT KEWANGAN NEGERI KEDAH BERSAMA PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH KE PEJABAT KEWANGAN NEGERI PAHANG
27.10.2023 (JUMAAT)
PTG Kedah telah menyertai delegasi Pejabat Kewangan Negeri Kedah dalam sesi Kunjung Hormat ke Pejabat Kewangan Negeri Pahang pada hari ini.
Objektif utama kunjungan hormat ini adalah untuk berkongsi pengalaman dan strategi yang telah dilaksanakan oleh Negeri Pahang sehingga berjaya mencapai kutipan hasil tanah melebihi RM1 billion pada tahun 2022.
Delegasi Negeri Kedah telah diketuai oleh YBhg. Dato’ Haji Syed Khairol Anuar Bin Syed Abidin, Pegawai Kewangan Negeri Kedah dengan diiringi YBhg. Dato’ Haji Mohd Shahadan bin Abdullah, Pengarah PTG Kedah serta pegawai-pegawai kanan dari kedua-dua jabatan.
Semoga sesi perkongsian ilmu ini dapat membantu Negeri Kedah dalam merangka strategi untuk meningkatkan hasil pada tahun 2024.
- Published in Berita, Uncategorized
LAWATAN KERJA PEMERIKSAAN CERUN ISTANA KEDAH CAMERON HIGHLAND, PAHANG
20.10.2023 (JUMAAT)
Lawatan Kerja Pemeriksaan Cerun Istana Kedah Cameron Highland, Pahang telah diadakan pada 20.10.2023. Delegasi lawatan ini diketuai oleh YBhg Dato’ Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pembangunan). Ianya disertai oleh Timbalan PTG Kedah (Pembangunan), Pengarah JKR Negeri Kedah,
Penolong Pegawai Daerah Tanah Cameron Highland, IKRAM Engineering Services Sdn Bhd,
Unit Teknikal PTG Kedah dan Unit Teknikal PDT Cameron Highland.
- Published in Berita, Uncategorized
LAWATAN PENANDA ARAS PEJABAT DAERAH DAN TANAH TAMPIN KE PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH
15.10.2023 (Ahad)
Pada hari ini, Pejabat Daerah dan Tanah Tampin, Negeri Sembilan, telah mengadakan Lawatan Penanda Aras Pembangunan Integrasi Digital Sistem Maklumat di PTG Kedah yang bertujuan untuk mendapatkan input berkenaan pelaksanaan Sistem e-Charting. Sistem ini merupakan satu sistem yang memudahkan proses charting dan membuat penandaan yang tepat untuk semua urusan tanah.
Pihak PTG Kedah juga turut mengambil kesempatan tersebut untuk mengenal pasti peluang kerjasama yang boleh dijalankan secara bersama di masa akan datang berkenaan bidang-bidang yang berkaitan.
Pihak PTG Kedah berbesar hati menerima kunjungan daripada Pejabat Daerah dan Tanah Tampin dan diharap lawatan ini mendapat manfaat dan impak positif kepada kemajuan Negeri Sembilan dan Negeri Kedah.
- Published in Berita, Uncategorized
NAIK TARAF BAHAGIAN ICT
9 OKTOBER 2023
Bahagian ICT Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah sedang melalui proses naik taraf. Ini melibatkan peralatan Server, rangkaian dan komputer. Kerja-kerja ini akan siap sepenuhnya pada 12 Oktober 2023.
- Published in Aktiviti, Uncategorized