LAWATAN YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR NEGERI KEDAH DARUL AMAN KE PULAU-PULAU DAERAH YAN
Program Lawatan YAB Menteri Besar ke pulau-pulau di daerah Yan telah diadakan pada 5 Januari 2021 (Selasa). Program tersebut dimulakan dengan lawatan serta taklimat ringkas diikuti dengan aktiviti riadah seperti snorkeling dan mandi manda di Pulau Songsong.
Selepas makan tengahari, program diteruskan dengan rondaan sekitar pesisiran Pulau Telor dan singgah sebentar ke Pulau Bidan bagi mengetahui sejarah ringkas pulau-pulau tersebut.
Melalui Jeti Tanjung Dawai, program diteruskan dengan melawat ke lokasi-lokasi di persisiran Pantai Tanjung Dawai. Selepas sesi minum petang, program diakhiri dengan perjumpaan MB Kedah bersama pihak pengurusan Sekolah Rendah & Menengah Islam Zubaidiyah, Merbok Kedah.
Program lawatan ini turut disertai oleh Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pembangunan), Penolong Pengarah Tanah dan Galian (Pembangunan), Ketua Unit Teknikal serta Penolong Pegawai Tanah (Unit Teknikal). Program lawatan ini berjalan dengan lancar dan berakhir dengan jayanya lebih kurang jam 5.30 petang.
KURSUS URUSNIAGA DAN BUKAN URUSNIAGA BAHAGIAN PENDAFTARAN DAN STRATA
Kursus Urusniaga dan Bukan Urusniaga Bahagian Pendaftaran dan Strata telah diadakan pada 17 Disember 2020 sehingga 19 Disember 2020 bertempat di Nadias Hotel Pulau Langkawi yang dikendalikan oleh penceramah Tuan Haji Abdul Aziz bin Ismail (Mantan Timbalan Pengarah Tanah Dan Galian Kuala Lumpur)
Kursus ini merangkumi sesi soal jawab oleh staff serta pegawai pendaftaran dan strata.
Acara team building juga turut diadakan bagi mengeratkan lagi silaturahim di antara staff dan pegawai.
Kursus Penyeragaman Tatacara Kerja (S.O.P) Pelupusan dan Pemberimilikan Tanah di Bawah Kanun Tanah Negara
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian menganjurkan Kursus Penyeragaman Tatacara Kerja (S.O.P) Pelupusan dan Pemberimilikan Tanah Di Bawah Kanun Tanah Negara yang melibatkan Pejabat-Pejabat Tanah Daerah pada 17-19 Disember 2020 bertempat di De Baron Resort, Langkawi, Kedah.
Program Pra Penilaian Penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah Tahun 2020 Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu
- Published in Aktiviti, Arkib, Uncategorized
SESI PERKONGSIAN ILMU BERSAMA YANG BERHORMAT AHLI-AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN
Sesi Perkongsian Ilmu Bersama Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman telah diadakan pada 02 Disember 2020 (Rabu) jam 10.00 pagi di Bilik Gerakan, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah yang dipengerusikan oleh Tuan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, Tuan Haji Mohd Fauzi bin Mustaffa, AMK., BCK.
Kehadiran Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman telah disambut oleh Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pembangunan), YBhg. Dato’ Abdul Gafar bin Yahya, DIMP., AMK., AMN., BCK. dan Penolong Pengarah Tanah dan Galian (Khidmat Pengurusan), Puan Noorhayati binti Md Soberi.
Kehadiran Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman diketuai oleh YB. Mohd Azam bin Abd Samat (ADUN Sg Limau). Turut hadir adalah YB. Mohamad Yusof bin Zakaria (ADUN Kuala Nerang), YB.Ustaz Hanif bin Ghazali (ADUN Tanjung Dawai), YB. Ustaz Salim bin Mahmood (ADUN Bukit Lada), YB. Mohd Radzi bin Md Amin (ADUN Pedu), YB. Encik Azhar bin Ibrahim (ADUN Ayer Hitam), YB. Ustaz Ahmad Fadzli bin Hashim (Timbalan Speaker/ADUN Pantai Merdeka), YB. Encik Mohd Isa bin Shafie (ADUN Belatek). Turut hadir bersama ialah Encik Nurul Amin bin Hamid, Pegawai Khas Menteri Besar.
MESYUARAT JAWATANKUASA PENGUATKUASAAN TANAH NEGERI KEDAH DARUL AMAN
Mesyuarat Jawatankuasa Penguatkuasaan Tanah Negeri Kedah Darul Aman telah diadakan pada 03 Disember 2020 (Khamis) jam 10.30 pagi bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Kedah Darul Aman, YAB. Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor.
Mesyuarat telah berjalan dengan lancar. Mesyuarat telah dianggotai oleh agensi dan jabatan penguatkuasaan negeri. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 petang.