Khursus Pengukuhan Pasukan (Team Building) Kumpulan Sokongan I Dan II Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah Darul Aman
Program Pra Penilaian Penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah Tahun 2020 Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu
- Published in Aktiviti, Arkib, Uncategorized
SESI “EXIT CONFERENCE” PENGAUDITAN PENGURUSAN KEWANGAN
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman telah menerima kehadiran Unit Audit Dalam, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman pada 18 Oktober 2020.
Sesi Entrance Pengauditan Pengurusan Kewangan telah diadakan bertempat di Bilik Gerakan PTG Kedah. Sesi tersebut telah dipengerusikan oleh Penolong Pengarah Tanah dan Galian (Khidmat Pengurusan), Puan Noorhayati binti Md Soberi. Unit Audit Dalam akan berada di jabatan ini sehingga 29 Oktober 2020.
Unit-unit yang terlibat dengan audit tersebut dijemput hadir iaitu Unit Pentadbiran, Unit Hasil, Unit Kewangan serta Unit Aset dan Stor.
MAJLIS BACAAN AL MA’THURAT BULAN OKTOBER 2020
Biro Agama di bawah Kelab Kebajikan dan Rekreasi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman telah mengadakan Majlis Bacaan Al Ma’thurat bagi bulan Oktober 2020 pada 27 Oktober 2020 bersamaan 10 Rabiulawal 1442H bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman.
Majlis ini akan diselang seli dengan bacaan yasin pada setiap bulan. Majlis ini telah diketuai oleh Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pembangunan), YBhg. Dato’ Abdul Gafar bin Yahya. Semua pegawai dan kakitangan dijemput hadir.
BENGKEL LATIHAN PORTAL PTG KEDAH
Bahagian ICT PTG Negeri Kedah telah mengadakan Bengkel Latihan Portal PTG Kedah pada 15 Disember 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Khidmat Pengurusan PTG Kedah.
Bengkel ini diadakan bagi meningkatan kecekapan kakitangan yang terlibat berkenaan pengurusan kandungan portal dan live chat.
SESI ENTRANCE PENGAUDITAN PENGURUSAN KEWANGAN
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman telah menerima kehadiran Unit Audit Dalam, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman pada 18 Oktober 2020.
Sesi Entrance Pengauditan Pengurusan Kewangan telah diadakan bertempat di Bilik Gerakan PTG Kedah. Sesi tersebut telah dipengerusikan oleh Penolong Pengarah Tanah dan Galian (Khidmat Pengurusan), Puan Noorhayati binti Md Soberi. Unit Audit Dalam akan berada di jabatan ini sehingga 29 Oktober 2020.
Unit-unit yang terlibat dengan audit tersebut dijemput hadir iaitu Unit Pentadbiran, Unit Hasil, Unit Kewangan serta Unit Aset dan Stor.
LAWATAN KERJA JABATAN ARKIB NEGARA CAWANGAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN
Pihak Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman telah menerima lawatan kerja daripada Wakil Jabatan Arkib Negara Cawangan Negeri Kedah Darul Aman pada 26 Oktober 2020 jam 9.30 pagi. Wakil jabatan tersebut telah melawat Bilik Kebal Unit Pendaftaran. Mereka menerangkan proses pemulihan kertas hakmilik lama dan cara pemeliharaan dokumen tersebut.
Selain itu, mereka turut melawat Bilik Jilid untuk melihat proses menjilid dokumen di jabatan ini. Mereka juga turut berkongsi pendapat dan cadangan bagi meningkatkan kualiti dan ketahanan dokumen tersebut.
TAKLIMAT BERKAITAN ARAHAN KESELAMATAN KEPADA PEGAWAI PENGURUSAN TERTINGGI
Pihak Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman telah menjemput Pengarah Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, Jabatan Perdana Menteri untuk menyampaikan taklimat berkaitan Arahan Keselamatan serta khidmat nasihat keselamatan perlindungan yang berkesan kepada Pegawai Pengurusan Tertinggi di jabatan ini supaya Akta dan Peraturan Keselamatan Perlindungan yang meliputi keselamatan fizikal, dokumen dan personel dapat dipatuhi dan dilaksanakan dengan sempurna.
Taklimat tersebut telah diadakan pada 14 Oktober 2020 (Rabu) jam 11.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman.
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman telah menerima Buku Arahan Keselamatan (Semakan dan Pindaan 2017) daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.