MAJLIS TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN PERINGKAT PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN
Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran telah diadakan di Dewan Utama PTG Kedah pada 29 April 2021 (Khamis) jam 9.00 pagi sempena Hari Nuzul Al-Quran 1442H. Seramai kira-kira 60 orang kakitangan PTG Kedah telah hadir bagi mengimarahkan majlis tersebut.
Turut hadir bersama Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pembangunan), YBhg. Dato’ Abdul Gafar Bin Yahya dan Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pendaftaran), Puan Zulfatul Husna Binti Zakaria. Majlis ini telah dipimpin oleh Encik Zulkifle Bin Idris.
Sebelum majlis dimulakan, YBhg. Dato’ Abdul Gafar Bin Yahya dalam ucapannya berkata program ini mendapat sambutan yang baik dengan kehadiran ramai kakitangan.
“Perbanyakkan bacaan Al-Quran dalam bulan Ramadhan kerana pahalanya berlipat kali ganda dari bulan-bulan biasa,” tambah beliau.
Kakitangan yang hadir terdiri daripada 20 kakitangan lelaki dan 40 kakitangan wanita telah membentuk dua kumpulan untuk membaca 30 juzuk Al-Quran. Setiap kakitangan akan membaca satu juzuk Al-Quran.
- Published in Aktiviti
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN ‘AMALAN DISEMAI PAHALA DITUAI’ ANJURAN PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH
Program Ihya’ Ramadhan yang bertemakan ‘Amalan Disemai Pahala Dituai’ telah berlangsung pada 22 April 2021 (Khamis) jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi bertempat di Dewan Utama PTG Kedah, Aras 3, Wisma Negeri, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Program tersebut dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Tanah Dan Galian (Pendaftaran), Puan Zulfatul Husna Binti Zakaria. Seramai kira-kira 150 orang tetamu telah hadir ke program berkenaan.
Pihak Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman telah menjemput Penolong Pegawai Dakwah dan Tarbiyah (Kanan), Ustaz Hj. Mohd Isa Bin Hj. Abdul Rahman dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman untuk menyampaikan ceramah sempena program ini.
- Published in Aktiviti
SESI PERKONGSIAN ILMU BERSAMA TIMBALAN PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH (PEMBANGUNAN)
Sesi Perkongsian Ilmu bersama Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman (Pembangunan) telah berlangsung pada 26 April 2021 (Isnin) jam 9.30 pagi bertempat di Bilik Timbalan Pengarah, Aras 2, Wisma Negeri, Alor Setar, Kedah Darul Aman.
“Apabila kita ada niat untuk sedekah RM1, maka kita tambahkan lagi RM1 dan niat atas nama ibu kita. Kemudiannya, kita tambah lagi RM1 niat pula atas nama ayah kita,” kata YBhg. Dato’ dalam sesi perkongsian ilmu di biliknya semalam yang sangat bermakna.
Hari Bertemu Pelanggan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman pada 17 Mac 2021 (Rabu)
- Published in Aktiviti, Arkib, Uncategorized
Mesyuarat Jawatankuasa PUSPANITA Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah
Mesyuarat Jawatankuasa PUSPANITA Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman telah diadakan pada 18 Mac 2021 (Khamis) jam 11.00 pagi bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah yang dipengerusikan oleh YBhg Puan Nurul Aznim binti Mohd Razali.
MESYUARAT KETUA TEKNIKAL PENTADBIRAN TANAH KEDAH BIL 3/2020 DAN PERJUMPAAN BERSAMA PERSATUAN JURUUKUR TANAH BERTAULIAH MALAYSIA (PEJUTA)
Mesyuarat Ketua Teknikal Pentadbiran Tanah Kedah Bil 3/2020 dan Perjumpaan Bersama Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) telah diadakan pada 11 Disember 2020 sehingga 13 Disember 2020 bertempat di Pelangi Beach Resort, Langkawi,Kedah.
Kursus ini membincangkan isu-isu berkaitan penyelarasan program yang dikemukakan oleh PEJUTA kepada Pentadbiran Tanah Kedah. Kursus ini disertai oleh Unit Teknikal PTG Kedah, Pegawai Pengurusan dan Profesional PTG Kedah dan semua KPPD Kanan Pengurusan Tanah Daerah.
KURSUS PERMOHONAN HAKMILIK SAMBUNGAN & HAKMILIK HILANG/ROSAK PENTADBIRAN TANAH NEGERI KEDAH DENGAN KERJASAMA INSTUN SECARA DALAM TALIAN
Kursus Permohonan Hakmilik Sambungan & Hakmilik Hilang/ Rosak Pentadbiran Tanah Negeri Kedah dengan kerjasama INSTUN Secara Dalam Talian telah diadakan pada 04 Februari 2021 (Khamis) jam 08.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari bertempat di Aplikasi Google Meet.
Kursus telah berjalan dengan lancar. Kursus tersebut dihadiri oleh 46 orang dan diketuai oleh penceramah dari INSTUN, Encik Zahar bin Sapar.
KURSUS URUSNIAGA DAN BUKAN URUSNIAGA BAHAGIAN PENDAFTARAN DAN STRATA
Kursus Urusniaga dan Bukan Urusniaga Bahagian Pendaftaran dan Strata telah diadakan pada 17 Disember 2020 sehingga 19 Disember 2020 bertempat di Nadias Hotel Pulau Langkawi yang dikendalikan oleh penceramah Tuan Haji Abdul Aziz bin Ismail (Mantan Timbalan Pengarah Tanah Dan Galian Kuala Lumpur)
Kursus ini merangkumi sesi soal jawab oleh staff serta pegawai pendaftaran dan strata.
Acara team building juga turut diadakan bagi mengeratkan lagi silaturahim di antara staff dan pegawai.
Kursus Penyeragaman Tatacara Kerja (S.O.P) Pelupusan dan Pemberimilikan Tanah di Bawah Kanun Tanah Negara
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian menganjurkan Kursus Penyeragaman Tatacara Kerja (S.O.P) Pelupusan dan Pemberimilikan Tanah Di Bawah Kanun Tanah Negara yang melibatkan Pejabat-Pejabat Tanah Daerah pada 17-19 Disember 2020 bertempat di De Baron Resort, Langkawi, Kedah.