𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗡𝗗𝗔𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡𝗜 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗛𝗔𝗦𝗜𝗟 𝗣𝗘𝗡𝗔𝗡𝗗𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗞𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗔𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗜𝗦
Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Teknikal (JBT) Projek Penandaan dan Pengukuran Sempadan Bersama antara Negeri Kedah dan Negeri Perlis telah berlangsung pada 27 September 2022 di Wisma Negeri, Alor Setar. Mesyuarat ini juga turut berlangsungnya satu sesi menandatangani pelan kerja hasil penandaan dan pengukuran sempadan bersama antara Negeri Kedah dan Negeri Perlis.
Sesi tandatangan tersebut melibatkan Pengerusi JBT Projek Penandaan dan Pengukuran Sempadan Bersama antara Negeri Kedah dan Negeri Perlis iaitu YBhg. Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Mustaffa, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, YBrs. Tuan Ismasuhaimi bin Sharif, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis. Sesi dimulakan oleh Sr Shabudin bin Saad, Pengarah Ukur Bahagian (Pemetaan Topografi Semenanjung) serta Sr Tsalimy bin Abdullah, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Kedah dan Sr Mohd Khairani bin Md Yusop, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Perlis.
YBrs. Tuan Sr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia telah berbesar hati hadir menyaksikan sesi tersebut sebagai tanda sokongan padu kepada JBT dan pegawai-pegawai JUPEM yang terlibat dalam urusan memuktamadkan pelan kerja hasil penandaan dan pengukuran sempadan bersama antara Negeri Kedah dan Negeri Perlis. Turut hadir menyaksikan adalah YBrs. Sr Hazri bin Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II, YBrs. Tuan Hazrey bin Tomyang, Setiausaha Bahagian Ukur, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dan Sr Powzy bin Mohd Som, Timbalan Pengarah Ukur Bahagian (Ehwal Persempadanan) serta delegasi Mesyuarat JBT.
Memorandum Persefahaman (MoU-2) Hasrat Penandaan dan Pengukuran yang ditandatangan pada 14 Mac 2017 telah memberi mandat kepada JUPEM melaksanakan kerja-kerja penandaan dan pengukuran sempadan. Pejabat Topografi Wilayah Taiping telah berjaya menyelesaikan ukuran yang bermula tahun 2017 hingga 2020 dan penyediaan pelan kerja sebanyak 26 lembar oleh BPTSM. Tahniah dan syabas diucapkan kepada kakitangan Pejabat Topografi Wilayah Taiping, BPTSM dan JBT Kedah-Perlis atas kejayaan ini. Didoakan agar perjanjian sempadan antara kedua-dua Negeri akan dapat dimuktamadkan seterusnya membolehkan pengurusan dan penyeliaan pentadbiran serta pembangunan di sekitar sempadan berjalan lancar.
- Published in Aktiviti
Majlis Penyaksian Pindah Milik Tanah Bagi Projek Rumah Kekal Baharu Berkelompok Bencana Tsunami 2004
Majlis Penyaksian Pindah Milik Tanah Bagi Projek Rumah Kekal Baharu Berkelompok (RKB) Bencana Tsunami 2004 Taman Permatang Katong, Daerah Muala Muda, Kedah Darul Aman telah diadakan pada 17 Oktober 2022.
Sekitar *Majlis Penyaksian Pindah Milik Tanah Bagi Projek Rumah Kekal Baharu Bencana Tsunami 2004, Taman Permatang Katong, Kuala Muda,Kedah telah disiarkan oleh RTM Berita Wilayah hari ini. Majlis bertempat di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Taman Permatang Katong yang berlangsung kelmarin 17 Oktober 2022.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Md Shuhaime bin Abdul Rahman, Pegawai Daerah Kuala Muda. Turut hadir bersama ialah YB Ustaz Ahmad Fadzli bin Hashim, ADUN Pantai Merdeka, En. Nasrun bin Dato’ Mohd Sheriff, Setiausaha Bahagian Perumahan, En. Mohamad Shahuri b. Mohamad Norlin, CADO Kanan P.Tanah K.Muda dan En Yusoof Awang Pengerusi Jawatakuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung.
- Published in Aktiviti
MISI BANTUAN BENCANA BANJIR ANJURAN KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI PTG KEDAH
Misi Bantuan Bencana Banjir Di Baling Anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi PTG Kedah
Tarikh : 07 Julai 2022
Tempat : Baling, Kedah
MALAM APRESIASI PENTADBIRAN TANAH NEGERI KEDAH DARUL AMAN TAHUN 2022
Pada 30 Mei 2022, julung kalinya diadakan Malam Apresiasi Pentadbiran Tanah Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2022. Majlis ini diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada seluruh warga kerja Pentadbiran Tanah Negeri Kedah yang telah giat berusaha meningkatkan kutipan hasil sepanjang tahun 2021.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas kehadiran Yang Berhormat Dato’ Paduka Ammar bin Dato’ Shaikh Mahmood Naim, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Yang Berhormat Dato’ Nik Azhan Hakim bin Nik Mahmud, Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah, Yang Berbahagia Dato’ Haji Norizan bin Khazali, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) serta Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Mustafa, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah ke majlis ini.
Turut hadir memeriahkan majlis adalah Pegawai Daerah merangkap Pentadbir Tanah Daerah, barisan pegawai Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, semua Penolong Pentadbir Tanah Daerah Negeri Kedah dan seluruh warga kerja Pentadbiran Tanah Negeri Kedah dari 12 daerah.
Syabas dan tahniah kepada seluruh warga kerja Pentadbiran Tanah Negeri Kedah atas pencapaian kutipan hasil pada tahun 2021!
PROGRAM IFTAR RAMADHAN KELUARGA PTG KEDAH 1443H
Pada 14 April 2022 (Khamis), Program Iftar Ramadhan Keluarga PTG Kedah anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi PTG Kedah bersama PUSPANITA PTG Kedah telah diadakan di perkarangan tempat letak kereta bahagian belakang PTG Kedah.
Program diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Mustaffa, AMK., BCK., dan Pengerusi Puspanita PTG Kedah, Datin Hajah Nurul Aznim binti Mohd Razali serta dimeriahkan dengan kehadiran seramai 150 orang yang terdiri daripada pegawai-pegawai PTG Negeri Kedah, warga kerja dan seluruh ahli keluarga.
YBhg. Dato’ Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah memulakan program dengan ucapan ringkas dan diteruskan dengan tazkirah ringkas, bacaan doa, majlis berbuka puasa serta solat Maghrib secara berjemaah.
Program Iftar Ramadhan merupakan wadah yang terbaik buat semua warga PTG Negeri Kedah dalam mengenali lebih rapat antara satu sama lain sekaligus mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.
- Published in Aktiviti, Arkib, Uncategorized
PROGRAM IHYA RAMADHAN ANJURAN KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI PTG Kedah & PUSPANITA PTG KEDAH
Program Gotong-royong Perdana PTG Kedah dan Pemberian Kit Ramadhan anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi PTG Kedah & Puspanita PTG Kedah pada 31 Mac 2022 (Khamis) kepada semua pegawai dan kakitangan PTG Kedah sempena menyambut bulan Ramadhan 1443 Hijrah. Semoga kita beroleh keberkatan di bulan yang mulia ini.
- Published in Aktiviti, Arkib, Uncategorized
BENGKEL PENGEMASKINIAN PORTAL PTG KEDAH 2022
Bengkel ini dihadiri oleh semua wakil seksyen di Pejabat PTG Negeri Kedah dan dianjurkan oleh Unit ICT PTG
Satu Bengkel berkenaan pengemaskinian Portal Rasmi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah telah diadakan pada 24 Mac 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah.
- Published in Aktiviti, Arkib, Uncategorized
KUNJUNGAN PENGARAH JUPEM KEDAH
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah telah menerima kunjungan daripada Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Kedah (JUPEM KEDAH ,Sr. Haji Mohamad Azmar bin Che Mat pada 22 November 2021.Sesi kunjungan itu telah diadakan bertempat di Bilik Pengarah Tanah dan Galian.
BENGKEL PENDAFTARAN PENTADBIRAN TANAH NEGERI KEDAH
Bengkel Pendaftaran Pentadbiran Tanah Negeri Kedah berlangsung di Hotel Baron Langkawi pada 1 hingga 3 November 2021.
- Published in Aktiviti, Arkib, Uncategorized
MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN KIT SYAWAL 1442H OLEH TUAN PENGARAH PTG KEDAH
Majlis Penyerahan Sumbangan Kit Syawal 1442H oleh Tuan Pengarah PTG Kedah telah diadakan pada 10 Mei 2021 (Isnin) jam 12.30 tengah hari bertempat di Pejabat Penghulu Lama, Aras Bawah, Wisma Negeri, Alor Setar, Kedah. Majlis ini dimulakan dengan ucapan oleh Pengarah Tanah dan Galian,Tuan Haji Mohd. Fauzi Bin Mustaffa, AMK., BCK.
Penyerahan Sumbangan Kit Syawal yang terdiri daripada barangan keperluan asas diberikan kepada pegawai dan seluruh kakitangan PTG Kedah. Inisiatif ini dilakukan hasil idea Tuan Pengarah PTG sendiri sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada semua kakitangan PTG Kedah. Sumbangan ini juga menunjukkan pihak jabatan sentiasa menitikberatkan soal kebajikan kakitangan. Majlis ini tamat pada jam 2.30 petang.
- Published in Aktiviti