AKTIVITI PEMANTAPAN PENGURUSAN KAUNTER
7.3.2023(SELASA)
Perkhidmatan kaunter yang disediakan di Kaunter Pendaftaran PTG Kedah sentiasa dipenuhi dengan urusan-urusan pendaftaran tanah oleh pelanggan yang memerlukan. Kakitangan yang terlibat di dalam memberikan perkhidmatan kaunter sentiasa dipantau oleh pihak pengurusan PTG supaya kualiti dan mutu perkhidmatan adalah memuaskan.
Di samping itu juga, setiap kaunter disediakan dengan kod imbasan QR bagi membolehkan pelanggan yang berurusan dapat memberikan nilai perkhidmatan (rating) secara atas talian dengan menggunakan alat peranti pintar.
- Published in Aktiviti, Uncategorized
PROGRAM DERMA DARAH DI PTG KEDAH
7.2.2023 (Selasa)
Satu program derma darah diadakan pada 7 Feb. 2023 (Selasa), bertempat di ruang legar Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah (Wisma Negeri). Program ini adalah anjuran bersama Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar dan ianya terbuka kepada semua kakitangan PTG serta semua orang awam yang hadir. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan
- Published in Aktiviti, Uncategorized
TAKLIMAT PENYERAGAMAN PENYEDIAAN PELAN PERMOHONAN PEMBANGUNAN TANAH DAN PENGAMBILAN TANAH NEGERI KEDAH
7.2.2023 (Selasa)
Satu program Taklimat Penyeragaman bagi Penyediaan Pelan Permohonan Pembangunan Tanah dan Pengambilan Tanah Peringkat Negeri Kedah diadakan pada hari ini, Selasa 7 Feb. 2023 bertempat di Raia Hotel Convenstion Centre, Alor Setar.
Program ini adalah anjuran bersama Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, Pejabat-pejabat Tanah Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, JUPEM dan Ahli-ahli Persatuan Jurukur Bertaliah (Pejuta).
- Published in Aktiviti, Uncategorized
MAJLIS BACAAN YASSIN PEPERIKSAAN SMRA/SMA/SPM/STAM/STPM DAN MUET 2022
Tarikh: 26 JANUARI 2023 (KHAMIS)
Program ini dihadiri oleh YBhg. Datin Norhasni binti Ishak, AMK., Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, YBhg. Datin Noor Afza binti Osman, AMK., Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, YBhg Datin Nurul Aznim binti Mohd Razalli Pengerusi PUSPANITA Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YBhg. Datin Siti Hajar binti Said, BKM. Pengerusi PUSPANITA Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah dan YBhg. Datin Fuziah binti Mohd Sharif Pengerusi PUSPANITA Cawangan Daerah Kulim.
Program bacaan yassin ini dipimpin oleh Ustazah Farishana binti Ismail daripada Lembaga Maktab Mahmud.
Semoga dengan bacaan yasin ini akan mendapat keberkatan Allah SWT serta dipermudahkan semua urusan anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan SMRA / SMA / STAM / STPM / MUET dan SPM tidak lama lagi.
- Published in Aktiviti, Uncategorized
INOVASI PENGGUNAAN SISTEM ERATING
8.1.2023 (Ahad)
Pejabat Pengarah dan Tanah Negeri Kedah telah memulakan penggunaan Sistem eRating pada awal Januari 2023. Sistem eRating ini membolehkan pelanggan-pelanggan yang berurusan di kaunter boleh menilai kualiti perkhidmatan yang disediakan dengan mengimbas Kod QR.
Ini adalah sejajar dengan arahan kerajaan supaya penyampaian mutu perkhidmatan agensi kerajaan dipertingkatkan. Penggunaan eRating ini adalah selaras dengan konsep pendigitalan di bawah pelan strategik kerajaan negeri ke arah transformasi digital.
- Published in Aktiviti, Uncategorized
KURSUS PENGGUNAAN SISTEM E-PELUPUSAN
14.12.2022 (Rabu)
Kursus penggunaan Sistem e-Pelupusan telah diadakan di Makmal Komputer Bahagian Teknologi Maklumat Negeri Kedah. Kursus ini melibatkan kakitangan dari pentadbiran Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah (PTG Kedah) dan pentadbiran tanah daerah (PTD). Kursus ini dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat PTG Kedah.
Pengguna-pengguna Sistem e-Pelupusan dari semua pentadbiran tanah daerah diwakili oleh 5 orang pegawai dari setiap PTD.
Penambah baikan Sistem e-Pelupusan ini telah dibuat bagi memudahkan urusan dan carta alir prosedur kerja pegawai teknikal tanah. Dengan inistiatif ini, pengurusan fail-fail pegawai-pegawai teknikal tanah di setiap daerah akan dapat ditingkatkan perkhidmatan kepada orang awam.
- Published in Aktiviti, Uncategorized
MAJLIS SERAH TUGAS PTG KEDAH
01.12.2022 (Khamis)
Satu sesi penyerahan tugas kepada Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah serta Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pembangunan) yang baru telah diadakan di Bilik Gerakan PTG, Wisma Negeri pada hari ini.
YBhg. Datuk Md. Shuhaime bin Abd Rahman, Pengarah PTG Kedah telah menerima nota serah tugas daripada YBhg. Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Mustaffa. Manakala Puan Amirah Khairiah binti Abdul Latip, Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pembangunan) telah menerima serahan tugas daripada Puan Sunita binti Abdul Aziz.
Warga Kerja PTG Kedah mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada YBhg. Datuk Md. Shuhaime dan Puan Amirah Khairiah.
Semoga Pentadbiran Tanah Negeri Kedah akan terus mencipta kecemerlangan di bawah kepimpinan YBhg. Datuk.
“HASIL UNTUK PEMBANGUNAN”
PTGKedah
- Published in Aktiviti, Arkib, Berita, Uncategorized
LAMBAIAN KASIH PTG KEDAH
30.11.2022 (Rabu)
Warga kerja PTG Kedah mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada YBhg. Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Mustaffa, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, Puan Sunita binti Abdul Aziz, Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pembangunan), Encik Nurul Zaki bin Zainol, Penolong Pengarah Tanah dan Galian (Pembangunan) dan Encik Mohd Fitri bin Dato’ Che Jamil, Pendaftar Surat-surat Hakmilik yang akan bertukar ke jabatan baru mulai esok 1 Disember 2022.
Jutaan terima kasih diucapkan atas segala sumbang bakti yang dicurahkan kepada Pentadbiran Tanah Negeri Kedah khususnya kepada PTG Kedah.
Semoga Allah terus memberkati dan mempermudahkan urusan semua untuk terus berbakti kepada Negeri Kedah yang tercinta ini.
Jasa YBhg. Dato’ dan semua pegawai yang terlibat akan kami kenang selamanya
Majlis Menjunjung Budi Menyanjung Bakti Serta Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Tahun 2022
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah telah menganjurkan Majlis Menyanjung Budi serta Anugerah Perkidmatan Cemerlang (APC) di Dewan Sri Mentaloon, Alor Setar, Kedah pada 24 November 2022. Majlis ini telah dihadiri oleh Pengarah PTG Negeri Kedah, Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Mustaffa serta pengurusan tertinggi PTG.
Majlis ini diadakan bagi menghargai kakitangan yang telah dan akan bersara pada tahun 2022 serta penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) yang menunjukkan prestasi cemerlang.
Tahniah diucapkan kepada penerima-penerima anugerah dan juga kepada pesara dan bakal pesara atas sumbang bakti yang telah diberikan.
- Published in Aktiviti, Arkib, Berita, Uncategorized
PROGRAM TURUN PADANG PENGAUDITAN TAHAP PENCAPAIAN KPI PENOLONG PEGAWAI TANAH DI PEJABAT TANAH KUBANG PASU
Program ini telah diadakan pada 10 November 2022, melibatkan pengurusan kanan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah dengan diketuai oleh Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pembangunan).
Tujuan program turun padang ini adalah untuk memantau dan membantu pelaksanaan Sistem eCharting dan ePelupusan di pentadbiran tanah negeri.
- Published in Aktiviti