PENGGUNAAN SISTEM KIOSK BAGI BAYARAN CUKAI TANAH
8.1.2023 (Ahad):
Penggunaan mesin kiosk bagi tujuan pembayaran kendiri cukai tanah telah diwujudkan di dalam Kompleks Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah (PTG Kedah). Mesin kiosk ini dipasang di ruang legar kaunter hasil dan pendaftaran Wisma Negeri. Mesin ini membolehkan pembayar-pembayar cukai membuat bayaran cukai tanah dengan pantas tanpa perlu beratus di kaunter. Mesin kiosk ini menerima bayaran secara debit.
Purata masa yang diambil bagi satu bayaran cukai tanah ialah 10 saat. Pentadbiran tanah negeri Kedah melalui kerajaan negeri mengorak langkah yang drastik untuk memberikan kemudahan kepada semua pembayar-pembayar cukai. Selain daripada itu, bayaran cukai tanah secara atas talian juga telah disediakan melalui laman sesawang iBayaq, https://ibayaq.kedah.gov.my.
- Published in Berita, Uncategorized
TAKLIMAT PENGGUNAAN SISTEM E-PERSERAHAN
18.12.2022 (Ahad)
Sesi Taklimat Penggunaan Sistem e-Perserahan telah diadakan di Bilik Gerakan PTG Kedah pada 18hb Disember 2022. Taklimat ini disampaikan oleh kakitangan pentadbiran PTG Kedah. Dianggarkan 100 orang peserta yang hadir dari firma guaman di negeri Kedah.
Tujuan sistem ini adalah untuk memudahkan urusan pengurusan penghantaran dokumen, khususnya oleh firma guaman yang dilantik bagi menguruskan perserahan permohonan urusan-Urusan berkaitan tanah secara atas talian. PelaksanaanSistem e-Perserahan Urusan di boleh didapati di dalam Portal https://ePTG. ptgkedah.gov.my.
Pelaksanaan sistem ini akan dimulakan secara berfasa dengan PTG Kedah adalah sebagai perintis. Sistem e-Perserahan Urusan ini adalah yang pertama dilaksanakan di Malaysia di mana negeri Kedah adalah negeri yang pertama melaksanakannya.
Tarikh pelancaran bagi sistem ini dijadualkan bermula pada pertengan bulan Januari 2023.
- Published in Berita, Uncategorized
PENGGANTIAN KOMPUTER DAN MESIN PENCETAK BAHARU
7.12.2022
Penggantian PC dan mesin pencetak baharu dilaksanakan sebagai menyambut usaha pendigital kerajaan negeri untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan. Sebanyak 19 unit PC baharu dan mesin pencetak dipasang bagi menggantikan peralatan komputer yang usang.
Sistem SPTBWeb, eCharting dan ePelupusan dipasang pada peralatan PC baharu, terutamanya di kaunter-kaunter yang melibatkan urusan perkhidmatan dengan orang awam.
- Published in Berita, Uncategorized
Ukuran Lot di Pulau Tuba
Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, Puan Sunita binti Abdul Aziz bersama-sama Unit Teknikal PTG Kedah ke Pulau Tuba, Langkawi untuk membantu Pejabat Daerah dan Tanah menyelesaikan ukuran baki lot selepas pengambilan untuk simpanan jalan pada 15 sehingga 17 November 2022
- Published in Uncategorized
LAWATAN PENANDA ARAS PEMBANGUNAN INTEGRASI DIGITAL SISTEM MAKLUMAT PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI SEMBILAN
05.12.2022 (Isnin)
PTG Kedah berbesar hati menerima lawatan kerja daripada PTG Negeri Sembilan bagi melihat Pembangunan Integrasi Digital Sistem Maklumat di jabatan ini.
Objektif lawatan ini adalah untuk mendapatkan input berkenaan pelaksanaan SPTBWeb di Pentadbiran Tanah Negeri Kedah.
Lawatan ini telah berjaya membuka laluan hubungan antara PTG Kedah dan PTG Negeri Sembilan untuk saling bertukar maklumat serta pengalaman dalam pengoperasian sistem yang sama di kedua-dua agensi.
Terima kasih PTG Negeri Sembilan atas kunjungan ini. Semoga ukhwah yang terjalin dapat memberi manfaat kepada kemajuan pentadbiran tanah di Negeri Sembilan dan juga Negeri Kedah.
- Published in Berita, Uncategorized
MAJLIS SERAH TUGAS PTG KEDAH
01.12.2022 (Khamis)
Satu sesi penyerahan tugas kepada Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah serta Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pembangunan) yang baru telah diadakan di Bilik Gerakan PTG, Wisma Negeri pada hari ini.
YBhg. Datuk Md. Shuhaime bin Abd Rahman, Pengarah PTG Kedah telah menerima nota serah tugas daripada YBhg. Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Mustaffa. Manakala Puan Amirah Khairiah binti Abdul Latip, Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pembangunan) telah menerima serahan tugas daripada Puan Sunita binti Abdul Aziz.
Warga Kerja PTG Kedah mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada YBhg. Datuk Md. Shuhaime dan Puan Amirah Khairiah.
Semoga Pentadbiran Tanah Negeri Kedah akan terus mencipta kecemerlangan di bawah kepimpinan YBhg. Datuk.
“HASIL UNTUK PEMBANGUNAN”
PTGKedah
- Published in Aktiviti, Arkib, Berita, Uncategorized
LAMBAIAN KASIH PTG KEDAH
30.11.2022 (Rabu)
Warga kerja PTG Kedah mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada YBhg. Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Mustaffa, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, Puan Sunita binti Abdul Aziz, Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pembangunan), Encik Nurul Zaki bin Zainol, Penolong Pengarah Tanah dan Galian (Pembangunan) dan Encik Mohd Fitri bin Dato’ Che Jamil, Pendaftar Surat-surat Hakmilik yang akan bertukar ke jabatan baru mulai esok 1 Disember 2022.
Jutaan terima kasih diucapkan atas segala sumbang bakti yang dicurahkan kepada Pentadbiran Tanah Negeri Kedah khususnya kepada PTG Kedah.
Semoga Allah terus memberkati dan mempermudahkan urusan semua untuk terus berbakti kepada Negeri Kedah yang tercinta ini.
Jasa YBhg. Dato’ dan semua pegawai yang terlibat akan kami kenang selamanya
Majlis Menjunjung Budi Menyanjung Bakti Serta Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Tahun 2022
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah telah menganjurkan Majlis Menyanjung Budi serta Anugerah Perkidmatan Cemerlang (APC) di Dewan Sri Mentaloon, Alor Setar, Kedah pada 24 November 2022. Majlis ini telah dihadiri oleh Pengarah PTG Negeri Kedah, Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Mustaffa serta pengurusan tertinggi PTG.
Majlis ini diadakan bagi menghargai kakitangan yang telah dan akan bersara pada tahun 2022 serta penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) yang menunjukkan prestasi cemerlang.
Tahniah diucapkan kepada penerima-penerima anugerah dan juga kepada pesara dan bakal pesara atas sumbang bakti yang telah diberikan.
- Published in Aktiviti, Arkib, Berita, Uncategorized
BENGKEL PELUPUSAN REKOD
Bahagian Khidmat Pengurusan PTG Kedah telah menganjurkan Bengkel Pelupusan Rekod pada 14 dan 15 November 2022. Bengkel diadakan di Dewan Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah. Kursus dihadiri oleh Puan Noorhayati binti Md. Soberi, Penolong Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah (Khidmat Pengurusan) dan 40 orang kakitangan yang terdiri daripada pelbagai unit. Bengkel ini disampaikan oleh Puan Balkiss binti Othman daripada Arkib Negara Malaysia.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi kefahaman yang jelas berkaitan tatacara yang betul dalam pelupusan fail dan rekod jabatan. Dengan adanya kursus ini, kakitangan PTG Kedah dapat memahami tatacara pelupusan fail dan rekod bagi tujuan pemindahan dan pemusnahan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia.
- Published in Arkib, Berita, Uncategorized
PROGRAM TURUN PADANG PENGAUDITAN TAHAP PENCAPAIAN KPI PENOLONG PEGAWAI TANAH DI PEJABAT TANAH KUBANG PASU
Program ini telah diadakan pada 10 November 2022, melibatkan pengurusan kanan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah dengan diketuai oleh Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pembangunan).
Tujuan program turun padang ini adalah untuk memantau dan membantu pelaksanaan Sistem eCharting dan ePelupusan di pentadbiran tanah negeri.
- Published in Aktiviti