LAWATAN TAPAK KE PULAU DAYANG BUNTING
14.6.2023 (RABU)
Pasukan pegawai teknikal dari Pejabat Pengarah Tanah dan Galian telah melakukan tinjauan dan lawatan tapak ke Pulau Dayang Bunting. Lawatan ini adalah bertujuan untuk meninjau tapak permohonan mengeluar dan memindahkan bahan batuan Marmar di Mukim Kuah, Langkawi.
- Published in Aktiviti, Uncategorized
MESYUARAT PELAKSANAAN SISTEM E-TANAH
14.6.2023 (RABU)
Mesyuarat pelaksanaan Sistem e-Tanah telah diadakan pada Selasa 13 Mei 2023 di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian, Putrajaya. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Y.Bhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain dan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan JKPTG. Pihak jabatan-jabatan negeri Kedah diwakili oleh Y.B. Dato’ Isahak bin Murat (Pegawai Kewangan Negeri Kedah), Y.Bhg. Datuk Shuhaime bin Abd. Rahman (Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah) serta pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri.
Kerajaan Negeri Kedah bersama JKPTG komited untuk bersama-sama menaik taraf sistem penyampaian kerajaan kepada semua pihak yang terlibat.
- Published in Berita, Uncategorized
PRA AUDIT SSR PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH
4.6.2023 (AHAD)
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah telah melaksanakan Pra pengaditan SSR pada 4 Jun 2023 yang dinilai oleh sepasukan panel yang dilantik oleh jawatan kuasa. Audit sebenar dijadualkan pada bulan September 2023.
Semua bahagian dan unit di PTG mengambil bahagian di dalam pengauditan ini.
- Published in Berita, Uncategorized
MAJLIS SAMBUTAN AIDIL FITRI PENTADBIRAN TANAH NEGERI KEDAH
9.5.2023 (SELASA)
Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Peringkat Negeri Kedah Darul Aman bagi tahun 2023 telah diadakan pada pada hari Selasa 9 Mei 2023, bertempat di Dewan Seri Mentaloon, Alor Setar. Majlis ini bermula jam 9.00 pagi sehingga 3.00 petang.
Semua pejabat tanah termasuk Pejabat Pengarah Tanah dan Galian mengambil bahagian di dalam kiosk juadah yang disediakan di dalam dewan. Pelbagai menu disediakan antaranya kambing golek, nasi beriani, laksa, ketupat, satay dan ais kacang. Majlis diserikan dengan kehadiran YAB Menteri Besar, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Exco dan ADUN, Ketua-ketua Jabatan dan kakitangan jabatan negeri.
- Published in Aktiviti, Berita, Uncategorized
MAJLIS PENYERAHAN KIT SYAWAL 1444 H
19.4.2023 (RABU)
Majlis Penyerahan Kit Syawal 1444 H telah diadakan di ruang legar lobi PTG Kedah pada 18 April 2023, 3.30 petang. Penyerahan Kit Syawal ini disempurnakan oleh YBhg. Datuk Md Shuhaime bin Abd Rahman, Pengarah PTG Kedah. Ianya turut dihadiri oleh Timbalan PTG Pembangunan dan Timbalan PTG Pendaftaran.
Kit Syawal ini disampaikan kepada semua pegawai dan ketua unit di PTG Kedah.
- Published in Aktiviti, Uncategorized
MAJLIS PENYERAHAN CEK UNTUK BAYARAN PREMIUM PROJEK PERUMAHAN KEDAH
19.4.2023 (RABU)
Satu majlis penyerahan cek utk bayaran premium permohonan tanah kerajaan bagi projek Perumahan KEDA Wang Tepus, Daerah Kubang Pasu oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah diadakan pada 18 April 2023, jam 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman.
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah diwakili oleh YBhg. Datuk Md Shuhaime bin Abd Rahman (Pengarah PTG Kedah), Puan Amirah Khairiah bt Abd Latiff (Timbalan PTG Pembangunan), Puan Zulfatul Husna bt Zakaria (Timbalan PTG Pendaftaran) dan Pegawai Undang-undang PTG.
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) diwakili oleh Pengurus Besar KEDA, YBhg. Dato’ Haji Kamarudin bin Abd Akib dan En. Rojani bin Romeli (Pengurus Hartanah & Prasarana KEDA.
Pentadbiran Daerah Kubang Pasu diwakili oleh En. Faisal Rizal bin Haji Muhammad (KPPTD Kanan Daerah Kubang Pasu) dan En. Ridzuan bin Mohd Rashid (KPPD Pembangunan Tanah/Pelupusan) Daerah Kubang Pasu.
- Published in Berita, Uncategorized
MAJLIS BERBUKA PUASA PTG KEDAH
14.4.2023 (Jumaat)
Majlis berbuka puasa bagi seluruh warga PTG Kedah telah diadakan pada Khamis 13 April 2023, bertempat di perkarangan kompleks PTG Kedah, Wisma Negeri, Alor Setar.
Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan dianggarkan 430 orang. Majlis ini bermula dengan ucapan YBhg. Pengarah PTG, Datuk Md. Shuhaime bin Abd Rahman, kemudian diikuti dengan penyampaian duit raya kepada anak-anak kecil kakitangan PTG Kedah.
Majlis bacaan tahlil dan doa selamat dibuat sebelum iftar.
- Published in Berita, Uncategorized
SESI PEMANTAPAN PENGURUSAN SSR PTG KEDAH
6.4.2023 (KHAMIS)
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah mengadakan sesi perbincangan bagi penyediaan dokumentasi SSR 2023 secara berterusan. Perbincangan yang diadakan secara mingguan ini dimanfaatkan oleh setiap unit yang terlibat untuk berbincang bagi memantapkan pengurusan jabatan.
PTG Kedah akan terlibat di dalam proses pengauditan SSR bagi tahun 2023 dan dijadualkan ianya berlangsung pada bulan September 2023.
- Published in Berita, Uncategorized
BENGKEL PEMURNIAAN MAKLUMAT PEMILIKAN HAKMILIK
6.4.2023 (KHAMIS)
Bengkel pemurnian pemilikan hakmilik telah diadakan di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian.
Bengkel ini diadakan secara perincian yang telah ditetapkan bagi memeriksa kesilapan input
semasa proises kemasukan.
Bengkel ini diadakan selama 2 hari bermula 2 April 2023 hingga 3 April 2023 dan melibatkan pemilikan Daerah Kuala Muda.
- Published in Aktiviti, Uncategorized
BENGKEL PRA PERSEDIAAN SSR PDT 2023
16.3.2023 (Khamis)
Bengkel Pra Persediaan SSR Pejabat Daerah dan Tanah telah diadakan pada 15 Mac 2023 hingga 16 Mac 2023 (Rabu hingga Khamis) di Hotel Swiss Avenue, Sungai Petani. Bengkel ini melibatkan hampir 60 orang peserta pentadbian tanah negeri Kedah bagi membuat persiapan ke arah pengauditan ssr tahun 2023.
Pentadbiran tanah negeri Kedah mensasarkan lima bintang bagi pengauditan ssr tahun ini.
- Published in Berita, Uncategorized