1 JANUARI 2024 (ISNIN)
Seramai 30 orang Penolong Pegawai Tanah Lantikan Baharu dan 5 orang yang bertukar telah hadir melapor diri kepada YBhg. Dato’ Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, Dato’ Haji Mohd Shahadan bin Haji Abdullah di Bilik Gerakan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah pada hari ini.
YBhg. Dato’ telah menyampaikan amanat ringkas untuk bekerja dengan penuh amanah dan berdedikasi. Seterusnya, Penolong Pegawai Tanah Lantikan Baharu telah berikrar dan menandatangani Surat Aku Janji sebagai Penjawat Awam di hadapan YBhg. Dato’ Pengarah serta Pegawai-Pegawai Kanan PTG Kedah.
Tahniah diucapkan kepada semua Penolong Pegawai Tanah atas pelantikan dan diharapkan dapat menabur bakti dengan cemerlang di Negeri Kedah yang tercinta ini.
“HASIL UNTUK PEMBANGUNAN”
“MEMINIMUMKAN KETIRISAN, MENGOPTIMUMKAN KUTIPAN HASIL”