4 APRIL 2024 (KHAMIS)
PTG Kedah dengan kerjasama PUSPANITA PTG Kedah telah menganjurkan Program Penghayatan Al-Quran Siri Ke-4 bertempat di Dewan Utama, PTG Kedah. Program ini telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Shahadan bin Haji Abdullah, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah bersama pegawai serta kakitangan PTG Kedah.
Tuan Syeikh Mohd Rasydan bin A. Rahman, Penolong Pegawai Agama Daerah Sik telah dijemput untuk berkongsi intisari dan kelebihan surah Al-Qadr yang mengisahkan tentang peristiwa penurunan Al-Quran pada malam Lailatul Qadar di Baitul Izzah.
Lailatul Qadar merupakan malam yang sangat istimewa bagi umat Islam kerana ibadah yang dilaksanakan pada malam tersebut akan diberikan ganjaran seumpama beribadah selama seribu bulan oleh Allah SWT.
Oleh itu, marilah kita sama-sama memburu malam Lailatul Qadar di sepuluh malam terakhir bulan Ramadan pada tahun ini. Semoga kita semua beroleh pengampunan dan rahmat dariNya.
“HASIL UNTUK PEMBANGUNAN”
“MEMINIMUMKAN KETIRISAN, MENGOPTIMUMKAN KUTIPAN HASIL”