MAJLIS PENYERAHAN KIT RAMADAN DAN BAKUL KASIH RAMADAN KEPADA WARGA KERJA PTG KEDAH
10 MAC 2024 (AHAD)
Sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan yang bakal tiba, Kelab Kebajikan dan Rekreasi PTG Kedah dengan kerjasama PUSPANITA PTG Kedah telah menganjurkan Majlis Penyerahan Kit Ramadan dan Bakul Kasih Ramadan kepada semua pegawai dan kakitangan pada hari ini bertempat di Ruang Lobi Aras 1, PTG Kedah.
Majlis dimulakan dengan ucapan ringkas oleh YBhg. Dato’ Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, Dato’ Haji Mohd Shahadan bin Haji Abdullah dan diteruskan dengan penyampaian kit serta bakul kasih kepada pegawai dan kakitangan PTG Kedah.
Kit Ramadan dan Bakul Kasih Ramadan ini mengandungi barangan keperluan asas yang diharapkan dapat sedikit sebanyak membantu mengurangkan kos perbelanjaan di bulan Ramadan yang mulia ini.
“HASIL UNTUK PEMBANGUNAN”
“MEMINIMUMKAN KETIRISAN, MENGOPTIMUMKAN KUTIPAN HASIL”