LAWATAN KERJA PTG KEDAH KE JABATAN TANAH DAN SURVEI SARAWAK (JTS)
8 MAC 2024 (JUMAAT)
PTG Kedah telah mengadakan Lawatan Kerja ke Jabatan Tanah dan Survei Sarawak bertempat di Menara Pelita pada hari ini.
YBhg. Dato’ Haji Mohd Shahadan bin Haji Abdullah, Pengarah PTG Kedah telah mengetuai delegasi Negeri Kedah seramai 30 orang yang terdiri daripada Pentadbir Tanah, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kanan Pengurusan Tanah serta Pegawai PTG Kedah.
Ketibaan Delegasi Kedah telah disambut mesra oleh Tuan Awang Zamhari bin Awang Mahmood, Timbalan Pengarah Pengurusan dan barisan pegawai JTS Sarawak.
Lawatan kerja ini diadakan bertujuan untuk berkongsi ilmu pengetahuan berkaitan sistem pengurusan hasil tanah yang dilaksanakan di Negeri Sarawak di samping mengeratkan hubungan silaturrahim antara agensi.
Semoga hasil perkongsian dalam sesi lawatan kerja ini dapat memberikan manfaat kepada semua pihak yang terlibat bagi mempertingkatkan kualiti dan mutu perkhidmatan kepada rakyat.
“HASIL UNTUK PEMBANGUNAN”
“MEMINIMUMKAN KETIRISAN, MENGOPTIMUMKAN KUTIPAN HASIL”