MAJLIS BERBUKA PUASA PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH TAHUN 2026 / 1447H

10 MAC 2026 (SELASA) – Majlis Berbuka Puasa Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah tahun 2026 / 1447H telah diadakan di perkarangan PTG Kedah pada hari ini. Majlis diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus, DSDK.,SDK.,AMK.,BCK. Pegawai PTG Kedah, serta warga kerja dan ahli keluarga telah hadir memeriahkan majlis. YBhg. Dato’ Pengarah PTG Kedah memulakan majlis dengan ucapan aluan ringkas dan diteruskan dengan sesi penyerahan sumbangan Duit Raya kepada anak-anak kakitangan yang berumur bawah 18 tahun oleh YBhg Dato’ serta Pegawai-Pegawai Wanita PTG. Tidak ketinggalan bacaan doa yang dipimpin oleh Penolong Akauntan Bahagian Kewangan PTG, Encik Muhd Fadliesyam bin Saad sebelum berbuka puasa dan sesi menjamu selera. Terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan PTG yang telah hadir dan bertungkus-lumus menjayakan majlis ini. Ianya wajar dijadikan program tahunan yang menjadi salah satu wadah pengerat silaturrahim sesama warga kerja PTG.

Loading

LAWATAN KERJA YBHG. DATO’ PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH KE PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA MUDA

18 JANUARI 2026 (AHAD) – YBhg. Dato’ Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus, telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda pada hari ini. Lawatan ini bertujuan untuk meninjau pelaksanaan urusan pentadbiran tanah di Daerah Kuala Muda serta membincangkan perkara-perkara berkaitan pelaksanaan dasar dan pengurusan tanah negeri. Ketibaan YBhg. Dato’ Pengarah telah disambut oleh Tuan Pegawai Daerah Kuala Muda, Encik Azmin bin Zainol Abidin, bersama barisan pentadbiran dan pegawai-pegawai jabatan. Turut mengiringi YBhg. Dato’ Pengarah dalam lawatan ini ialah Puan Timbalan Pengarah (Pembangunan), Puan Timbalan Pengarah (Pendaftaran) serta pegawai dan kakitangan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah. Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah merakamkan ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda atas sambutan mesra serta kerjasama yang diberikan sepanjang lawatan ini. #PTGKedah

Loading

LAWATAN KERJA YBHG. DATO’ PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH KE PEJABAT DAERAH DAN TANAH BANDAR BAHARU

23 DISEMBER 2025 (SELASA) – YBhg. Dato’ Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu pada hari ini. Lawatan ini bertujuan bagi membincangkan serta meneliti perkara-perkara berkaitan pentadbiran tanah di daerah Bandar Baharu. Ketibaan YBhg. Dato’ Pengarah telah disambut oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu bersama barisan pegawai pentadbiran tanah daerah. Turut hadir dalam lawatan kerja ini ialah Puan Timbalan Pengarah (Pembangunan), Puan Timbalan Pengarah (Pendaftaran) serta para pegawai dan kakitangan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah. Pihak Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu atas sambutan serta kerjasama yang diberikan sepanjang lawatan ini. #PTGKedah

Loading

MESYUARAT PENTADBIR-PENTADBIR TANAH DAERAH NEGERI KEDAH BILANGAN 1 TAHUN 2025

2 DISEMBER 2025 (SELASA) – Mesyuarat Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah Negeri Kedah Bilangan 1 Tahun 2025 telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus, Pengarah PTG Negeri Kedah. Mesyuarat ini dihadiri oleh Pentadbir-pentadbir tanah daerah serta pegawai-pegawai pentadbiran tanah daerah. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan pelbagai perkara berkaitan pentadbiran tanah serta meneliti isu-isu semasa yang memerlukan tindakan bersama. Di samping itu, mesyuarat ini turut menjadi platform untuk perkongsian maklumat, penambahbaikan prosedur serta perkongsian pandangan antara YBhg. Dato’ Pengarah PTG bersama pentadbiran tanah daerah. Hal ini adalah bagi memastikan penyampaian perkhidmatan tanah di Negeri Kedah terus berada pada tahap yang baik. #PTGKedah        

Loading

PERTANDINGAN KAROM TERTUTUP PTG KEDAH 2025

13 November 2025 (KHAMIS) – Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah melalui Kelab Sukan dan Rekreasi telah menganjurkan Pertandingan Karom Tertutup PTG Kedah pada 13 November 2025 bertempat di Lobi Utama PTG Kedah. Penganjuran program ini adalah selaras dengan usaha meningkatkan kesejahteraan warga kerja serta menggalakkan penglibatan dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Pertandingan ini mendapat sambutan amat baik daripada pegawai dan kakitangan daripada pelbagai bahagian. Para peserta berentap secara sihat dalam suasana yang meriah. Hadiah wang tunai turut disediakan kepada para pemenang bagi kategori utama dan kategori Loser Pool. Program ini diharap dapat memperkukuhkan hubungan silaturahim, memupuk kerjasama berpasukan dan meningkatkan motivasi warga kerja PTG Kedah. Pihak pentadbiran merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan penganjuran pertandingan ini.

Loading

SESI PEMBENTANGAN JAWATANKUASA SEMAKAN HASIL (LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA DAN FI LAIN YANG BERKAITAN) PENTADBIRAN TANAH KEPADA AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI KEDAH

8 Oktober 2025 (RABU) – Sesi Pembentangan Jawatankuasa Semakan Hasil (Lesen Pendudukan Sementara dan Fi Lain Yang Berkaitan) Pentadbiran Tanah kepada Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah telah bermula jam 8.00 malam hingga 12.00 tengah malam. Majlis pembentangan ini telah dihadiri oleh YAB. Menteri Besar Kedah, YAB. Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, bersama-sama Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah. Turut hadir ialah YB. Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YB. Dato’ Wira Haji Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin, Pegawai Kewangan Negeri Kedah, serta YBhg. Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah. Sesi ini bertujuan membentangkan penilaian semula terhadap kadar hasil tanah, termasuk Lesen Pendudukan Sementara (LPS) dan fi-fi lain yang berkaitan, bagi memastikan pentadbiran hasil tanah di Negeri Kedah dilaksanakan dengan lebih cekap, berkesan serta selaras dengan keperluan semasa pembangunan negeri. Perbincangan dan maklum balas daripada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam sesi ini amat penting bagi memperkukuh dasar hasil negeri yang mampan dan inklusif, sejajar dengan aspirasi Kerajaan Negeri Kedah untuk mentadbir urus tanah secara berintegriti, sistematik dan berimpak tinggi demi kesejahteraan rakyat. Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, serta seluruh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah atas sokongan berterusan terhadap usaha memperkukuh sistem hasil tanah negeri. Diharapkan sesi ini akan menjadi platform penting dalam memperkasakan tadbir urus tanah yang progresif dan mampan di Negeri Kedah Darul Aman. #PTGKedah

Loading