8 Oktober 2025 (RABU) – Sesi Pembentangan Jawatankuasa Semakan Hasil (Lesen Pendudukan Sementara dan Fi Lain Yang Berkaitan) Pentadbiran Tanah kepada Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah telah bermula jam 8.00 malam hingga 12.00 tengah malam.
Majlis pembentangan ini telah dihadiri oleh YAB. Menteri Besar Kedah, YAB. Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, bersama-sama Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah. Turut hadir ialah YB. Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YB. Dato’ Wira Haji Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin, Pegawai Kewangan Negeri Kedah, serta YBhg. Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah.
Sesi ini bertujuan membentangkan penilaian semula terhadap kadar hasil tanah, termasuk Lesen Pendudukan Sementara (LPS) dan fi-fi lain yang berkaitan, bagi memastikan pentadbiran hasil tanah di Negeri Kedah dilaksanakan dengan lebih cekap, berkesan serta selaras dengan keperluan semasa pembangunan negeri. Perbincangan dan maklum balas daripada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam sesi ini amat penting bagi memperkukuh dasar hasil negeri yang mampan dan inklusif, sejajar dengan aspirasi Kerajaan Negeri Kedah untuk mentadbir urus tanah secara berintegriti, sistematik dan berimpak tinggi demi kesejahteraan rakyat.
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, serta seluruh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah atas sokongan berterusan terhadap usaha memperkukuh sistem hasil tanah negeri. Diharapkan sesi ini akan menjadi platform penting dalam memperkasakan tadbir urus tanah yang progresif dan mampan di Negeri Kedah Darul Aman.



![]()