10 MAC 2026 (SELASA) – Majlis Berbuka Puasa Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah tahun 2026 / 1447H telah diadakan di perkarangan PTG Kedah pada hari ini.
Majlis diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus,
DSDK.,SDK.,AMK.,BCK. Pegawai PTG Kedah, serta warga kerja dan ahli keluarga telah hadir memeriahkan majlis.
YBhg. Dato’ Pengarah PTG Kedah memulakan majlis dengan ucapan aluan ringkas dan diteruskan dengan sesi penyerahan sumbangan Duit Raya kepada anak-anak kakitangan yang berumur bawah 18 tahun oleh YBhg Dato’ serta Pegawai-Pegawai Wanita PTG. Tidak ketinggalan bacaan doa yang dipimpin oleh Penolong Akauntan Bahagian Kewangan PTG, Encik Muhd Fadliesyam bin Saad sebelum berbuka puasa dan sesi menjamu selera.
Terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan PTG yang telah hadir dan bertungkus-lumus menjayakan majlis ini. Ianya wajar dijadikan program tahunan yang menjadi salah satu wadah pengerat silaturrahim sesama warga kerja PTG.

![]()