13 November 2025 (KHAMIS) – Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah melalui Kelab Sukan dan Rekreasi telah menganjurkan Pertandingan Karom Tertutup PTG Kedah pada 13 November 2025 bertempat di Lobi Utama PTG Kedah. Penganjuran program ini adalah selaras dengan usaha meningkatkan kesejahteraan warga kerja serta menggalakkan penglibatan dalam aktiviti sukan dan rekreasi.

Pertandingan ini mendapat sambutan amat baik daripada pegawai dan kakitangan daripada pelbagai bahagian. Para peserta berentap secara sihat dalam suasana yang meriah. Hadiah wang tunai turut disediakan kepada para pemenang bagi kategori utama dan kategori Loser Pool.

Program ini diharap dapat memperkukuhkan hubungan silaturahim, memupuk kerjasama berpasukan dan meningkatkan motivasi warga kerja PTG Kedah. Pihak pentadbiran merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan penganjuran pertandingan ini.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *