2 DISEMBER 2025 (SELASA) – Mesyuarat Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah Negeri Kedah Bilangan 1 Tahun 2025 telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus, Pengarah PTG Negeri Kedah.
Mesyuarat ini dihadiri oleh Pentadbir-pentadbir tanah daerah serta pegawai-pegawai pentadbiran tanah daerah. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan pelbagai perkara berkaitan pentadbiran tanah serta meneliti isu-isu semasa yang memerlukan tindakan bersama.
Di samping itu, mesyuarat ini turut menjadi platform untuk perkongsian maklumat, penambahbaikan prosedur serta perkongsian pandangan antara YBhg. Dato’ Pengarah PTG bersama pentadbiran tanah daerah. Hal ini adalah bagi memastikan penyampaian perkhidmatan tanah di Negeri Kedah terus berada pada tahap yang baik.
       

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *