23 DISEMBER 2025 (SELASA) – YBhg. Dato’ Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu pada hari ini.
Lawatan ini bertujuan bagi membincangkan serta meneliti perkara-perkara berkaitan pentadbiran tanah di daerah Bandar Baharu. Ketibaan YBhg. Dato’ Pengarah telah disambut oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu bersama barisan pegawai pentadbiran tanah daerah.
Turut hadir dalam lawatan kerja ini ialah Puan Timbalan Pengarah (Pembangunan), Puan Timbalan Pengarah (Pendaftaran) serta para pegawai dan kakitangan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah.
Pihak Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu atas sambutan serta kerjasama yang diberikan sepanjang lawatan ini.

Loading