18 JANUARI 2026 (AHAD) – YBhg. Dato’ Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus, telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda pada hari ini.
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau pelaksanaan urusan pentadbiran tanah di Daerah Kuala Muda serta membincangkan perkara-perkara berkaitan pelaksanaan dasar dan pengurusan tanah negeri. Ketibaan YBhg. Dato’ Pengarah telah disambut oleh Tuan Pegawai Daerah Kuala Muda, Encik Azmin bin Zainol Abidin, bersama barisan pentadbiran dan pegawai-pegawai jabatan.
Turut mengiringi YBhg. Dato’ Pengarah dalam lawatan ini ialah Puan Timbalan Pengarah (Pembangunan), Puan Timbalan Pengarah (Pendaftaran) serta pegawai dan kakitangan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah.
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah merakamkan ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda atas sambutan mesra serta kerjasama yang diberikan sepanjang lawatan ini.

Loading