Majlis Bacaan Yasin PTG Kedah

Alor Setar, (16 Sept 2024) – Pada 16 September 2024, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kedah telah mengadakan majlis bacaan Yasin yang berlangsung dengan penuh khusyuk. Majlis ini dihadiri oleh pegawai-pegawai dan kakitangan PTG Kedah, serta dipimpin oleh En. Zulkifli bin Idris dari Unit Hasil PTG. Tujuan utama majlis ini adalah untuk memperoleh keberkatan dan mendoakan kesejahteraan semua pihak, baik dalam urusan pekerjaan maupun kehidupan seharian. Kehadiran dan kesatuan para peserta mencerminkan semangat kebersamaan dan harapan agar segala urusan dipermudahkan serta dijauhkan dari segala musibah. Sumber: Facebook PTG Kedah
PERHIMPUNAN PAGI PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH

Alor Setar, 06 November 2024 (Rabu) – PTG Kedah telah mengadakan perhimpunan pagi melibatkan seluruh warga kerja jabatan bertempat di ruang parkir hadapan PTG Kedah pada hari ini. Perhimpunan pagi ini diadakan bagi mematuhi arahan Ketua Setiausaha Negara (KSN) untuk melaksanakan nyanyian Lagu Negaraku dan Lafaz Ikrar Rukun Negara di semua kementerian dan agensi kerajaan. Pelaksanaan arahan tersebut bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotisme, taat setia dan cinta kepada negara di kalangan penjawat awam agar setiap tanggungjawab yang dipikul dilaksanakan dengan penuh ikhlas demi Negara Malaysia yang tercinta. Sumber: Facebook PTG Kedah
Aktiviti PTG November
