30 Mei 2025 (Jumaat) – Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri Kedah telah mengadakan satu lawatan kerja rasmi ke Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor serta syarikat Puncak Tegap Sdn. Bhd. bagi tujuan perkongsian maklumat berkaitan pelaksanaan sistem e-Tanah.

Lawatan kerja tersebut bertujuan untuk mendapatkan gambaran lebih menyeluruh berkaitan pelaksanaan sistem e-Tanah yang telah dilaksanakan di Selangor, serta menilai secara langsung operasi dan keupayaan teknologi syarikat Puncak Tegap Sdn. Bhd. selaku penyedia sistem.

Program dimulakan seawal jam 9.00 pagi di PTG Selangor bagi mendengar taklimat pelaksanaan e-Tanah serta lawatan ke beberapa bahagian operasi. Pada sebelah petang, peserta berpeluang meninjau secara langsung fasiliti dan operasi utama syarikat Puncak Tegap Sdn. Bhd. Lawatan diteruskan dengan sesi makan malam istimewa bersama Yang Dipertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, yang turut berkongsi pandangan berkaitan kepentingan transformasi digital dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Lawatan ini diharap dapat memberikan impak positif dalam perancangan dan pelaksanaan sistem e-Tanah di Negeri Kedah, sejajar dengan aspirasi transformasi digital sektor tanah dan galian di seluruh negara.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *