18 JUN 2025 (RABU) – YBhg Dato’ Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Tanah Daerah Kulim pada hari ini.
Lawatan ini adalah bertujuan untuk membincangkan isu-isu berkaitan pentadbiran tanah di daerah. Ketibaan YBhg Dato’ Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah disambut oleh Yang Berusaha Tuan Pegawai Daerah Kulim dan barisan pegawai pentadbiran tanah daerah Kulim.
Lawatan ini turut disertai oleh Puan Timbalan Pengarah (Pembangunan), barisan pegawai dan kakitangan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian yang berkaitan.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pejabat Tanah Daerah Kulim diatas sambutan dan kerjasama yang diberikan sepanjang lawatan ini.





