MAJLIS APRESIASI PENAMBAHBAIKAN TATAKELOLA AGENSI (APTA) 2024 PERINGKAT NEGERI

Putrajaya, (25 Oktober 2024) – PTG Kedah telah terpilih daripada 70 agensi yang dinilai oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menerima Anugerah Apresiasi Penambahbaikan Tatakelola Agensi (APTA) 2024 Peringkat Negeri bertempat di Auditorium Bangunan SPRM, Putrajaya. Penganugerahan ini diberikan atas kejayaan PTG Kedah meningkatkan hasil bagi kutipan urusniaga/bukan urusniaga sebanyak 47% (RM11.juta melalui pemerkasaan prosedur pendaftaran pindah milik tanah di Negeri Kedah. Komitmen yang diberikan oleh PTG Kedah dalam melaksanakan syor penambahbaikan yang dicadangkan oleh Bahagian Penyiasatan Tatakelola SPRM turut menjadi penyumbang utama kepada kejayaan ini. “HASIL UNTUK PEMBANGUNAN”

Loading

SESI LAWATAN PENANDA ARAS PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI PERLIS BERKAITAN PENGURUSAN GERAK KERJA BAGI PELAKSANAAN KADAR CUKAI TANAH BAHARU

Alor Setar, (21 OKTOBER 2024, Isnin) – PTG Kedah berbesar hati menerima kunjungan Delegasi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis seramai 19 orang bagi lawatan penanda aras pada hari ini. Objektif lawatan ini adalah bertujuan untuk berkongsi ilmu dan pandangan mengenai Pengurusan Gerak Kerja bagi Pelaksanaan Kadar Cukai Tanah Baharu yang telah dilaksanakan oleh Pentadbiran Tanah Negeri Kedah berikutan PTG Perlis juga berhasrat untuk melaksanakan Operasi Semakan Hasil Tanah pada tahun 2025. Diharapkan dengan perkongsian ilmu ini dapat memberikan input dan gambaran asas kepada PTG Perlis dalam melaksanakan Operasi Semakan Hasil Tanah di Negeri Perlis dengan jayanya. “HASIL UNTUK PEMBANGUNAN” “MEMINIMUMKAN KETIRISAN, MENGOPTIMUMKAN KUTIPAN HASIL” Sumber: Facebook PTG Kedah

Loading