8 FEBRUARI 2026 (AHAD) –
Bermula 01 Januari 2026, Kerajaan Negeri Kedah memberikan insentif kepada pembayar cukai tanah yang menjelaskan tunggakan cukai tanah secara keseluruhan dengan mengecualikan penggenaan caj tunggakan denda lewat. Pemberian insentif ini berkuatkuasa sehingga 30 September 2026.
Syarat bagi melayakkan pembayar cukai tanah mendapat insentif ini adalah seperti berikut:
1. Menjelaskan cukai tanah dan tunggakan secara sekaligus; dan
2. menjelaskan bayaran sebelum 30 September 2026;
Bagi pembayar yang telah menjelaskan bayaran, lebihan bayaran akan dikreditkan semula ke dalam akaun bayaran cukai tanah Tuan/Puan. Caj denda lewat bagi tahun 2026 akan berjalan seperti biasa bermula 01 Jun 2026 sekiranya tiada bayaran dijelaskan.
Sekian, terima kasih.

![]()