12 OGOS 2025 (SELASA)
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor telah mengadakan lawatan ke Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah pada hari ini. Lawatan ini diadakan sebagai sebahagian daripada usaha PTG Selangor untuk mengemaskini prosedur berkaitan tatacara dan tatakelola perlombongan mineral di Negeri Selangor, khususnya yang melibatkan potensi perlombongan bahan mineral di dalam hutan simpan.
Delegasi Negeri Selangor seramai 21 orang telah hadir dan diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Pembanguan Dan Kemajuan Tanah) Encik Ahmad fitri bin Ahmad. Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapatkan pandangan, berkongsi pengalaman serta mempelajari amalan terbaik berkaitan pengurusan dan pelaksanaan aktiviti perlombongan bahan mineral di dalam hutan simpan.
Hadir menyambut rombongan ialah Pengarah PTG Kedah, YBhg. Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus, bersama pegawai-pegawai kanan PTG Kedah. Kehadiran ini mencerminkan komitmen kedua-dua pihak dalam memperkukuhkan kerjasama antara negeri dalam pengurusan sumber mineral secara berhemah dan mampan.
Pihak PTG Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian PTG Selangor mengadakan lawatan ini. Semoga hubungan strategik ini dapat terus diperkukuhkan, seterusnya menyumbang kepada pengurusan sumber mineral negara yang lebih cekap, teratur dan bertanggungjawab.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *