12 JANUARI 2026 (ISNIN) – Program Amanat YAB Menteri Besar Kedah kepada Pentadbiran Tanah Negeri Kedah Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Seri Mentaloon pada hari ini.
Program ini menjadi platform utama penyelarasan dasar dan hala tuju pentadbiran tanah Negeri Kedah bagi tahun 2026 merangkumi aspek pembangunan tanah, integriti, pemerkasaan perkhidmatan serta pemantapan sistem tanah secara berpusat di seluruh negeri.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Dato’ Mohd Fauzi Mustaffa, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kedah, TPj Dato’ Nazli Rashid Sulong, Pegawai Daerah/Pentadbir Tanah, Pegawai-pegawai dan kakitangan pentadbiran tanah dari seluruh negeri, serta Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.
Program turut disusuli sesi bacaan Ikrar Bebas Rasuah sebagai simbol komitmen seluruh Pentadbiran Tanah Negeri dalam memperkukuh integriti serta memastikan tadbir urus tanah dijalankan dengan berkesan, telus dan beramanah.
Majlis juga diselitkan dengan penyampaian penghargaan kepada seluruh pentadbiran tanah daerah atas komitmen dan usaha gigih atas kejayaan kutipan hasil keseluruhan bagi tahun 2025.
PTG Kedah merakamkan ucapan penghargaan kepada semua warga pentadbiran tanah negeri atas dedikasi memastikan hasil negeri dikutip dan diurus secara teratur demi kepentingan rakyat dan agenda pembangunan Negeri Kedah Darul Aman.
Jutaan terima kasih juga kepada seluruh agensi yang terlibat dalam menjayakan program pada hari ini.

![]()