SEKSYEN GALIAN (G)
Memproses permohonan galian berdasarkan peruntukan di bawah Enakmen Mineral (Kedah) 2004, Peraturan-peraturan Mineral (Kedah) 2007, Kanun Tanah Negara (KTN), Pekeliling-pekeliling Pengarah Tanah dan Galian (PTG), lain-lain undang-undang dan Dasar Kerajaan yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri serta mengeluarkan teneman mineral setelah diluluskan.
SEKSYEN BAHAN BATUAN (N)
Memproses permohonan bahan batuan berdasarkan peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara (KTN), Pekeliling-pekeliling Pengarah Tanah dan Galian (PTG), lain-lain undang-undang dan Dasar Kerajaan yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
SEKSYEN GALIAN
- Memproses Permohonan Lesen Melombong Tuan Punya.
- Memproses permohonan Lesen Mencarigali / Penjelajahan / Pajakan Melombong.
- Menyemak dan membuat tuntutan bayaran royalti galian mengikut Peraturan-peraturan Mineral (Kedah) 2007.
- Membuat pemantauan berkala terhadap lombong-lombong Galian yang diberikan kelulusan.
01
80 HARI BEKERJA
Menerima dan memproses permohonan Lesen Mendulang mengikut Seksyen 28, Enakmen Mineral (Kedah) 2004 dan Peraturan-peraturan Mineral (Kedah) 2007.
02
80 HARI BEKERJA
Menerima dan memproses permohonan Lesen Mencarigali/Penjelajahan mengikut Seksyen 41, Enakmen Mineral (Kedah) 2004 dan Peraturan-peraturan Mineral (Kedah) 2007.
03
80 HARI BEKERJA
Menerima dan memproses permohonan Pajakan Melombong mengikut Seksyen 62, Enakmen Mineral (Kedah) 2004 dan Peraturan-peraturan Mineral (Kedah) 2007.
04
80 HARI BEKERJA
Menerima dan memproses permohonan Lesen Melombong Tuan Punya mengikut Seksyen 81, Enakmen Mineral (Kedah) 2004 dan Peraturan-peraturan Mineral (Kedah) 2007.
05
30 HARI BEKERJA
Menerima dan memproses permohonan Lesen Membeli dan Menjual Mineral
06
80 HARI BEKERJA
Menerima dan memproses Permohonan Pengambilan dan Pengeluaran Bahan Batuan (Borang 4B) mengikut Seksyen 69 Kanun Tanah Negara 1965 dan Kaedah-kaedah Tanah Kedah 2018.
07
4 KALI SETAHUN
Mengadakan Mesyuarat OSC Untuk Proses Permohonan Pengeluaran dan Pemindahan Bahan Batuan dan Mineral Negeri Kedah Darul Aman.
08
30 HARI (BERDASARKAN TARIKH MESYUARAT OSC)
Menyediakan kertas kerja OSC.
09
90 HARI BEKERJA
Menyediakan kertas kerja untuk pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK).
10
7 HARI BEKERJA
Menerima dan memproses keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) untuk makluman Pejabat Tanah Daerah.