20 OKTOBER 2026 (AHAD) – Portal Awam e-Tanah Kedah akan menyediakan kemudahan pendaftaran akaun pengguna bagi membolehkan orang ramai mengemukakan permohonan urusan tanah secara dalam talian.
Pengguna perlu mendaftar akaun terlebih dahulu sebelum menggunakan kemudahan permohonan yang disediakan melalui portal berkenaan.
Pelaksanaan Sistem e-Tanah Negeri Kedah yang bakal diperkenalkan merupakan langkah ke arah pendigitalan perkhidmatan pentadbiran tanah negeri.

![]()