20 SEPTEMBER 2026 (AHAD) – Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah telah menerima kunjungan hormat dan lawatan kerja daripada Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pada hari ini.

Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua agensi, di samping menjadi platform perkongsian maklumat dan pandangan berkaitan perkara-perkara yang mempunyai kepentingan bersama.
Sesi kunjungan turut membincangkan aspek kerjasama antara agensi, pertukaran maklumat serta usaha memperkemas penyampaian perkhidmatan dan penguatkuasaan mengikut bidang kuasa masing-masing.
PTG Kedah merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Bahagian Penguatkuasaan JKDM atas kunjungan tersebut. Semoga jalinan kerjasama yang terjalin dapat terus diperkukuh demi memastikan urusan pentadbiran dan penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan serta memberi manfaat kepada masyarakat.
 

Loading