30 OGOS 2026 (AHAD) – Transformasi digital dalam pengurusan tanah di Negeri Kedah terus diperkasakan menerusi pelaksanaan Sistem e-Tanah Negeri Kedah. Sistem ini merangkumi sembilan (9) modul teras yang dibangunkan bagi menyokong penyampaian perkhidmatan pentadbiran tanah secara lebih cekap, sistematik, telus dan berintegriti.

Sembilan modul teras tersebut ialah:

  1. Pembangunan Tanah
  2. Pelupusan Tanah
  3. Pengambilan Tanah
  4. Lelong Awam
  5. Pendaftaran
  6. Penguatkuasaan
  7. Strata
  8. Hasil
  9. Consent

Kesemua modul berkenaan saling melengkapi dalam menguruskan pelbagai urusan pentadbiran tanah, bermula daripada permohonan dan pemprosesan sehingga pendaftaran serta penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

Pelaksanaan Sistem e-Tanah turut membantu memperkemas proses kerja, meningkatkan ketepatan pengurusan maklumat dan mempercepatkan urusan berkaitan tanah secara digital. Inisiatif ini selaras dengan usaha Kerajaan Negeri Kedah untuk memperkukuh pendigitalan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih responsif dan berkesan.

Sistem e-Tanah Negeri Kedah diharapkan dapat memberikan manfaat yang menyeluruh kepada rakyat, pemegang taruh dan seluruh warga Pentadbiran Tanah Negeri Kedah, sekali gus menyokong aspirasi transformasi digital sektor awam.

e-Tanah — Pendigitalan Pengurusan Tanah Negeri Kedah ke arah perkhidmatan yang lebih cekap, pantas dan berkesan.

#eTanahKedah #SistemETanah #Digitalisasi #TransformasiDigital #PengurusanTanah #NegeriKedah

Loading