30 JULAI 2026 (KHAMIS) – Pelaksanaan Sistem e-Tanah mampu memperkukuh kecekapan penyampaian perkhidmatan pentadbiran tanah melalui proses urusan yang lebih pantas, teratur dan telus. Sistem ini juga dapat meningkatkan jumlah transaksi hartanah, mengurangkan kos operasi serta membantu meningkatkan prestasi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Pejabat Tanah.
Selain itu, penggunaan teknologi digital dalam urusan tanah berupaya mengurangkan risiko penipuan dan meningkatkan tahap integriti pengurusan. Pelaksanaan sistem ini turut dijangka menarik minat pelabur, meningkatkan kutipan hasil kerajaan serta mempercepatkan proses urusan tanah demi memberikan perkhidmatan yang lebih cekap kepada rakyat.

![]()