26 MEI 2026 (SELASA) – Kerajaan Negeri Kedah mengingatkan orang ramai supaya menjelaskan bayaran cukai tanah sebelum 31 Mei 2026 bagi mengelakkan sebarang tindakan atau denda lewat bayar dikenakan. Pembayaran kini boleh dilakukan dengan lebih mudah dan cepat melalui Portal iBayaq, kiosk di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah serta seluruh Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah.

Selain itu, orang ramai turut digalakkan untuk membuat pembayaran lebih awal bagi memastikan urusan berjalan lancar serta mengelakkan kesesakan pada saat akhir. Langkah ini juga dapat membantu mengelakkan sebarang penalti atau tindakan berkaitan tunggakan cukai tanah.

Loading