14 Mei 2025. (Rabu) . Satu bengkel peningkatan produktiviti mengguna pakai teknologi AI telah diadakan untuk pengukuhan penggunaan AI. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Muhamad Arof Bin Darus, Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri Kedah dan disertai oleh 30 pegawai dari agensi tersebut.

Tujuan bengkel diadakan adalah untuk membangunkan kapasiti pengetahuan dan kemahiran peserta dalam penggunaan teknologi AI bagi meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran tanah khususnya bagi proses kelulusan permohonan geran, pengurusan mesyuarat teknikal, penyediaan dokumen dan lain-lain. Dengan fokus kepada automasi tugas seperti semakan dokumen, pengurusan data, dan pengesahan status permohonan, bengkel ini mengetengahkan bagaimana AI boleh mempercepatkan proses kerja, mengurangkan kesilapan, dan secara langsung dapat meningkatkan produktiviti sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Melalui bengkel ini, pihak PTG Kedah akan menjalankan beberapa projek penambahbaikan proses kerja dengan menggunakan AI bagi mengurangkan tempoh proses semasa. Pihak PTG juga merancang untuk mengadakan bengkel ini kepada ketua jabatan dan pegawai lain di PTG dan juga mencadangkan program ini perlu dibuat kepada pihak Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) di Negeri Kedah.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *