Alor Setar, 5 Mei 2025 (Isnin) – Satu majlis ringkas namun penuh penghargaan telah diadakan di Ruang Legar Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri Kedah bagi meraikan sembilan (9) orang kakitangan yang akan berpindah ke jabatan baharu.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa sebagai pembuka tirai, diikuti ucapan oleh YBhg. Dato’ Pengarah PTG Kedah yang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala sumbangan, jasa dan budi yang telah dicurahkan oleh para pegawai terbabit sepanjang mereka berkhidmat di PTG Kedah.

Dalam ucapannya, beliau turut menzahirkan harapan agar pertukaran ini menjadi satu titik tolak kepada peningkatan mutu kerja serta semangat baharu dalam memacu kecemerlangan di tempat baharu.

Majlis ini bukan sahaja sebagai simbol penghargaan institusi terhadap komitmen warga kerjanya, malah juga sebagai medan memperkukuh ukhwah dalam kalangan warga PTG Kedah.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *