ALOR SETAR, 15 April 2025 – Satu kursus intensif “Train the Trainer” bagi Sistem SPTBWeb telah diadakan bermula 13 hingga 15 April 2025 bertempat di Makmal ICT, Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Wisma Darul Aman.

Kursus yang berlangsung selama tiga hari ini bertujuan untuk memperkasa keupayaan teknikal pegawai-pegawai ICT dalam pentadbiran tanah menerusi latihan mendalam terhadap penggunaan perisian Oracle. Inisiatif ini selaras dengan usaha transformasi digital dan penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan tanah negeri.

Sepanjang kursus, para peserta didedahkan kepada tiga komponen utama dalam silibus latihan iaitu Oracle Form, Oracle Report dan Development, yang merupakan tunjang kepada pengoperasian efisien dalam sistem SPTBWeb. Latihan ini bukan sahaja membekalkan pengetahuan teknikal, malah membentuk barisan tenaga pengajar (trainer) yang kompeten untuk melaksanakan latihan lanjutan di peringkat jabatan masing-masing.

Penganjuran kursus ini diharap dapat melonjakkan tahap kecekapan serta profesionalisme pegawai-pegawai ICT dalam mendepani cabaran dunia digital yang semakin berkembang pesat.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *