ALOR SETAR 9 April 2025 – Satu sesi taklimat berkenaan peranan dan tanggungjawab SME Champion serta Penyelaras Modul bagi Sistem e-Tanah telah diadakan pada 9 April 2025, bertempat di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri Kedah.
Taklimat tersebut telah disampaikan oleh wakil dari Puncak Tegap Sdn Bhd dan dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan Pentadbiran Tanah Negeri Kedah. Sesi ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Tanah (Pendaftaran), dan bertujuan untuk memberikan pencerahan yang jelas kepada semua SME Champion dan Penyelaras Modul berkaitan peranan masing-masing dalam memastikan kelancaran dan kejayaan pembangunan serta pelaksanaan Sistem e-Tanah di negeri Kedah.