Alor Setar, 8 April 2025 (Selasa) – Satu lawatan tapak telah diadakan ke Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Kedah bagi menilai kesesuaian ruang penempatan kakitangan teknikal bagi pelaksanaan Sistem e-Tanah.
Lawatan ini disertai oleh pegawai kanan PTG Kedah, wakil dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Elektrik serta wakil dari Syarikat Puncak Tegap Sdn. Bhd. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mendapatkan penilaian dan rekomendasi teknikal daripada pihak JKR Elektrik khususnya dari aspek pendawaian serta sokongan keperluan bekalan kuasa di ruang yang dikenal pasti sebagai pejabat operasi e-Tanah.
Lawatan ini merupakan antara langkah awal penting dalam memastikan persekitaran kerja yang kondusif dan infrastruktur yang bersesuaian disediakan sebelum penempatan kakitangan teknikal dilaksanakan sepenuhnya.