Alor Setar, (21 OKTOBER 2024, Isnin) –
PTG Kedah berbesar hati menerima kunjungan Delegasi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis seramai 19 orang bagi lawatan penanda aras pada hari ini.
Objektif lawatan ini adalah bertujuan untuk berkongsi ilmu dan pandangan mengenai Pengurusan Gerak Kerja bagi Pelaksanaan Kadar Cukai Tanah Baharu yang telah dilaksanakan oleh Pentadbiran Tanah Negeri Kedah berikutan PTG Perlis juga berhasrat untuk melaksanakan Operasi Semakan Hasil Tanah pada tahun 2025.
Diharapkan dengan perkongsian ilmu ini dapat memberikan input dan gambaran asas kepada PTG Perlis dalam melaksanakan Operasi Semakan Hasil Tanah di Negeri Perlis dengan jayanya.
“HASIL UNTUK PEMBANGUNAN”

“MEMINIMUMKAN KETIRISAN, MENGOPTIMUMKAN KUTIPAN HASIL”

Sumber: Facebook PTG Kedah

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *